Wednesday, November 26, 2008

Jemputan...

Assalamualaikum Wrbt dan Selamat Sejahtera,

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Ceramah Perdana Yusuf Estes yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 28 November 2008 bersamaan 30 Zulqa'dah 1429H ( Jumaat )
Masa : 8:00 - 10:00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tajuk Ceramah : "Faith, Science & Common Sense"

Masuk adalah percuma.

Yusuf Estes PhD. (Lahir 1944), adalah seorang rakyat Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam dan merupakan Pengerusi kepada "The Muslim Foundation International", sebuah organisasi yang komited menjalankan usaha dakwah dan memperkenalkan Islam ke seluruh dunia berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan dan ahli kepada "Disciples of Christ" dan dikenali sebagai "Skip Estes".

Pada tahun 1962 hingga 1990, beliau mempunyai pelbagai karier seperti menjadi Menteri Muzik, "Preacher" dan mempunyai Syarikat "Estes Piano & Organ". Beliau tinggal di Texas dan Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, Yusuf Estes telah berurusniaga dengan seorang usahawan Mesir yang bernama Muhammad. Beliau belajar mengenai Islam secara terus dan memeluk Islam pada tahun yang sama bersama isteri, bapa dan ibu tirinya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Mesir, Maghribi dan Turki.

Pada tahun 2006, Yusuf Estes selalu muncul di Peace TV, yang merupakan saluran Islam 24/7 yang disiarkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Sekian. Terima kasih.

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat

Monday, November 24, 2008

Sebilangan rakan-rakan kita boleh cuba dihubungi di sini...

Sebenarnya kita mempunyai sedikit rekod untuk mengesan rakan-rakan lama kita. Ya di sini. Mungkin kita boleh sama-sama 'contact' mereka semula.

Ibadah korban yang besar fadhilatnya...

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah." Al-Kautsar:2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ibadah korban ini, saya sisipkan laman web di bawah sebagai panduan.

Wednesday, November 19, 2008

Codet cadang kumpul seberapa ramai member...

kabo baik....line tel je buat hal..dah sebulan aku tunggu...ha sekarang baru ok..

Memang betullah kata kau tu zai (Zairi)....tapi semua perancangan semuanya tergendala....

Tentang perlantikan x-smdb tu....mula-mula dulu aku cadangkan Amran Aris.....pian..tapi dia dah merantau ke tempat lain.....jadi kena lah cari orang lain...

Aku rasa step yang pertama, kita kumpulkan dulu seberapa ramai member yang ada...pas tu boleh lah kita plan aktiviti seterusnya.....

Harap dapat komen dari member-member...

Salam.

Codet.

Paparan khas untuk perantau...

Sekolah Kebangsaan Air Baruk....
mungkin ada diantara kita yang bermula di sini....

Bandar Jasin...tetap dalam ingatan...


Masjid Al-Ghaffar....mungkin sebahagian kita masih belum sempat singgah dan solat di sini.

Tuesday, November 18, 2008

Tahukah anda!

Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Bendahara, mula ditubuhkan pada tahun 1960 dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Inggeris Jasin, SMIJ atau dalam bahasa Inggerisnya Jasin Secondary English School, JSES.

Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 153 orang sahaja yang ketika itu menumpang di Sekolah Inggeris Jasin yang kini dikenali Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruk, sehinggalah bangunan baru sekolah ini siap pada tahun 1961.

Bahasa perantaraan di SMIJ atau JSES ketika itu ialah Bahasa Inggeris. Encik Gurdit Singh Gill merupakan pengetua pertama SMIJ atau JSES.

Beliau dibantu oleh 6 orang guru, iaitu Pn. J.M.Ross, En.Kong Teng Kok, En.Wong Theam Keat, En.Nadarajan, En.Alwi b. Hj.Ahmad dan En.James Dorairaj. Encik Gurdit Singh Gill mula menjadi pengetua sekolah ini pada tahun 1960 sehinggan tahun 1961. Beliau kemudiannya diganti oleh Pn.J.M.Ross.

Pada bulan Oktober 1979, nama Sekolah Menengah Inggeris Jasin, telah ditukar kepada Sekolah Menengah Datok Bendahara di atas saranan dari Yang Berhormat Datuk Abd.Aziz b. Tapa, DKSJ., KMN., AMN., PJK., yang ketika itu merupakan Yang Dipertua PIBG SMIJ.

Nama yang dipilih iaitu Datok Bendahara, adalah sebagai mencontohi kebijaksanaan dan keberanian Bendahara Paduka Raja Tun Perak, taat dan patuh seperti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan bersemangat seperti Bendahara Seri Wak Raja.

Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, Bendahara merupakan tokoh yang penting menggerakkan sesuatu pentadbiran.

Sunday, November 16, 2008

Bukan semua yang kita masih ingat...

Betul tak....daripada gambar ini bukan semua di sini yang kita masih ingat lagi nama mereka. Tak caya cubalah teka kalau berani. Siapa yang boleh ingat nama semua kat sini memanglah dia ni tak makan tua!

Bagaimanapun ini adalah salah satu tempat melepak sekumpulan daripada kita dulu. Kat belakang makmal kimia.

Satu lagi kalau ada gambar-gambar lain yang nak dikongsi bersama harap emailkan ke smdbjasin@yahoo.com .

Thursday, November 13, 2008

Gambar terbaru yang lama!

Masih ada yang kenal? (SMDB Batch 1984)

Berdiri dari kiri
...Abdullah Sani, Azahar Ahmad, Amra Azmi & Mohamad Othman.

Duduk dari kiri...Amran Said, Safuan Ibrahim, Zairi Md Jana, Azila Haron, Haliza Rahmat, Gan Geok Ai

Gambar ini diambil sewaktu Majlis Minum Petang di rumah Safuan Ibrahim di Bukit Beruntung, Rawang pada tahun 2005.



Tuesday, November 11, 2008

Imbas kenangan lalu...

Ada beberapa kenangan yang muncul kembali bila menyelak laman web di bawah. Walaupun website tersebut dikira telah terbengkalai sejak 2001, namun butir-butir yang terkandung di dalamnya cukup bermakna kepada sesiapa yang merindui masa yang lalu.

Selain berpeluang menatap pintu masuk utama sekolah, saya menyingkap senarai nama pengetua sekolah dan nama ketua murid.

Nama Ketua Pengawas 1984, Kew Chew Peng dan M. Srivani turut menyentak ingatan saya ke zaman itu. Masih teringat lagi dengan 'kelembutan' Chew Peng dan 'ketegasan' Srivani. Di mana agaknya mereka sekarang ya...

Kalau tanya Mohamad (Mat Seman), dia selalu berseloroh katanya Srivani sekarang ni dah jadi doktor! Saya pun rasalah dia dah ada klinik sendiri sekarang ni kot...

Cubalah lawati:-

http://sekolah.mmu.edu.my/smkdatukbendahara/

Sebaris ayat daripada Nornisah Ab Rahman

...rindunya aku pd korang..'bekas bebudak' batch 84..rindu sesangat..

neet_sayang@yahoo.com

Monday, November 10, 2008

Amran Aris terus aktif dengan aktiviti belia

Kepada peminat-peminat 'kayuh' jangan lepaskan peluang untuk lawati dan nikmati kayuhan melalui blog yang cukup berinformatif ini. Blog ini telah dibangunkan oleh rakan kita Amran Aris (5 Sains Merah 1984).

Tahniah! Harap Pian (nama glamour dia masa kat sekolah dulu) dapat sama-sama membantu menyemarakkan lagi blog SMDB ni jugak nanti.

Lawatilah...

Sunday, November 9, 2008

Mesej daripada Zairi

Apa khabar semua?

Ya.. saya dan Codet banyak berbual mengenai hal-hal SMDB. Codet memikirkan untuk melantik pemimpin X-SMDB baru, yg baiknya seseorang yang memang berada di Jasin agar mudah menyelenggara aktiviti. Dulu, ada dicadangkan (secara bertulis) kepada pihak sekolah untuk menganjurkan hari terbuka sekolah.

Yang berniaga murid-murid sendiri dan keuntungan dibuatkan tabung. Projek berniaga murid-murid tu pulak kita akan dokumenkan sebagai modul keusahawanan/akedemik (hak cipta... bekas pelajar & sekolah). Cadangan kita: 1 projek/perniagaan murid-murid = 1 mentor samada dari kalangan bekas pelajar/guru dari pelbagai bidang digabungkan.

Hari terbuka juga sebagai platform untuk menarik semula bekas pelajar (tak kira batch mana2) tetapi guru ko-kurikulum kata mereka dah memang merancang nak buat hari kantin, jadi pengetua kata kita hold dulu lah... kalau apa-apa hal kita kontek..... sampai le hari ini......

Masa tu pengetua & cikgu ... (apa ke namanya... cikgu perempuan) memang sangat suka rancangan kita, hampir bagi lampu hijau, sebab yg penting bagi pihak sekolah... dapat dana buat sign board sekolah baru.

Persatuan tak rasmi kita pulak matlamatnya nak cari ahli dan dana utk tabung ahli. Jadi penerusan melalui blog ni sangat lah ok, sekurang-kurangnya, manalah tau ...

Wallahualam...

Thursday, November 6, 2008

Jumpa Codet selepas 20 tahun

26hb Oktober yang lalu saya mengelola majlis Walimatul Urus adik saya di rumah saya dekat Bukit Beruntung, Rawang. Antara ramai-ramai yang hadir ada seorang tetamu yang saya fikir sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa....Codet.

Codet lebih gempal berbanding 20 tahun yang lalu, memanglah kan dan lama. Tapi 'bumbung' dia kira dah habis dah dan saya masih lagi 'berbumbung'.....hek...hek...hek....

Apapun terimakasih kepada Codet kerana sudi datang ke majlis saya.

Kat luar sana macamana....tentu ada perkembangan yang hendak dikongsi kan bersama di sini. Hantarkan kepada smdbjasin@yahoo.com

Ok bye...

Tuesday, November 4, 2008

Selamat menyertai SMDB blog...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dapat juga kita membangunkan 'ruang' sebagai penghubung antara kita dan pencetus silaturrahmi sesama kita, bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Bendahara, Jasin, Melaka.

Sebenarnya blog ini adalah lanjutan daripada website www.geocities.com/smdb_jasin yang pernah dibangunkan sebelum ini atas tujuan yang sama. Tetapi kali ini kita memilih untuk melakukannya melalui 'blog' kerana ianya lebih mudah untuk melakukan 'update' dan apa-apa 'editing' sekiranya perlu.

Selepas lama dikira 'terbiar' saya yang mengharap akan ada rakan-rakan lain yang lebih pakar dan mahir untuk membangunkan website yang lebih baik dan bermakna nampaknya mengambil semula tanggungjawab ini. Kerana saya yakin rakan-rakan lain tidak mempunyai ruang masa yang cukup untuk mengambil tugasan ini.

Usaha ini makin difikirkan perlu bila saya berkesempatan berjumpa dengan 'Codet' akhir bulan 10 yang lalu bila beliau nampaknya seperti mengharap saya mengusahakan semula membangunkan laman web yang sudah tentu sebagai tapak penghubung silaturrahmi antara bekas pelajar SMDB Jasin.

Saya fikir wajar untuk menyahut seruan murni ini. Mudah-mudahan usaha kerdil ini menjadi titik tolak ke arah memperkemas dan mempererat lagi hubungan sesama kita. InsyaAllah.