Wednesday, November 26, 2008

Jemputan...

Assalamualaikum Wrbt dan Selamat Sejahtera,

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Ceramah Perdana Yusuf Estes yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 28 November 2008 bersamaan 30 Zulqa'dah 1429H ( Jumaat )
Masa : 8:00 - 10:00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tajuk Ceramah : "Faith, Science & Common Sense"

Masuk adalah percuma.

Yusuf Estes PhD. (Lahir 1944), adalah seorang rakyat Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam dan merupakan Pengerusi kepada "The Muslim Foundation International", sebuah organisasi yang komited menjalankan usaha dakwah dan memperkenalkan Islam ke seluruh dunia berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan dan ahli kepada "Disciples of Christ" dan dikenali sebagai "Skip Estes".

Pada tahun 1962 hingga 1990, beliau mempunyai pelbagai karier seperti menjadi Menteri Muzik, "Preacher" dan mempunyai Syarikat "Estes Piano & Organ". Beliau tinggal di Texas dan Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, Yusuf Estes telah berurusniaga dengan seorang usahawan Mesir yang bernama Muhammad. Beliau belajar mengenai Islam secara terus dan memeluk Islam pada tahun yang sama bersama isteri, bapa dan ibu tirinya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Mesir, Maghribi dan Turki.

Pada tahun 2006, Yusuf Estes selalu muncul di Peace TV, yang merupakan saluran Islam 24/7 yang disiarkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Sekian. Terima kasih.

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat

No comments: