Tuesday, November 18, 2008

Tahukah anda!

Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Bendahara, mula ditubuhkan pada tahun 1960 dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Inggeris Jasin, SMIJ atau dalam bahasa Inggerisnya Jasin Secondary English School, JSES.

Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 153 orang sahaja yang ketika itu menumpang di Sekolah Inggeris Jasin yang kini dikenali Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruk, sehinggalah bangunan baru sekolah ini siap pada tahun 1961.

Bahasa perantaraan di SMIJ atau JSES ketika itu ialah Bahasa Inggeris. Encik Gurdit Singh Gill merupakan pengetua pertama SMIJ atau JSES.

Beliau dibantu oleh 6 orang guru, iaitu Pn. J.M.Ross, En.Kong Teng Kok, En.Wong Theam Keat, En.Nadarajan, En.Alwi b. Hj.Ahmad dan En.James Dorairaj. Encik Gurdit Singh Gill mula menjadi pengetua sekolah ini pada tahun 1960 sehinggan tahun 1961. Beliau kemudiannya diganti oleh Pn.J.M.Ross.

Pada bulan Oktober 1979, nama Sekolah Menengah Inggeris Jasin, telah ditukar kepada Sekolah Menengah Datok Bendahara di atas saranan dari Yang Berhormat Datuk Abd.Aziz b. Tapa, DKSJ., KMN., AMN., PJK., yang ketika itu merupakan Yang Dipertua PIBG SMIJ.

Nama yang dipilih iaitu Datok Bendahara, adalah sebagai mencontohi kebijaksanaan dan keberanian Bendahara Paduka Raja Tun Perak, taat dan patuh seperti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan bersemangat seperti Bendahara Seri Wak Raja.

Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, Bendahara merupakan tokoh yang penting menggerakkan sesuatu pentadbiran.

No comments: