Tuesday, November 4, 2008

Selamat menyertai SMDB blog...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dapat juga kita membangunkan 'ruang' sebagai penghubung antara kita dan pencetus silaturrahmi sesama kita, bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Bendahara, Jasin, Melaka.

Sebenarnya blog ini adalah lanjutan daripada website www.geocities.com/smdb_jasin yang pernah dibangunkan sebelum ini atas tujuan yang sama. Tetapi kali ini kita memilih untuk melakukannya melalui 'blog' kerana ianya lebih mudah untuk melakukan 'update' dan apa-apa 'editing' sekiranya perlu.

Selepas lama dikira 'terbiar' saya yang mengharap akan ada rakan-rakan lain yang lebih pakar dan mahir untuk membangunkan website yang lebih baik dan bermakna nampaknya mengambil semula tanggungjawab ini. Kerana saya yakin rakan-rakan lain tidak mempunyai ruang masa yang cukup untuk mengambil tugasan ini.

Usaha ini makin difikirkan perlu bila saya berkesempatan berjumpa dengan 'Codet' akhir bulan 10 yang lalu bila beliau nampaknya seperti mengharap saya mengusahakan semula membangunkan laman web yang sudah tentu sebagai tapak penghubung silaturrahmi antara bekas pelajar SMDB Jasin.

Saya fikir wajar untuk menyahut seruan murni ini. Mudah-mudahan usaha kerdil ini menjadi titik tolak ke arah memperkemas dan mempererat lagi hubungan sesama kita. InsyaAllah.

2 comments:

SMDB Jasin said...

komen semua amat dialu-alukan

. said...

Salam....
Betul tu Safuan... Insyaallah.. perkara yang baik perlu diteruskan... Mudah-mudahan dapat mengekalkan silaturahim sesama kita