Tuesday, November 11, 2008

Imbas kenangan lalu...

Ada beberapa kenangan yang muncul kembali bila menyelak laman web di bawah. Walaupun website tersebut dikira telah terbengkalai sejak 2001, namun butir-butir yang terkandung di dalamnya cukup bermakna kepada sesiapa yang merindui masa yang lalu.

Selain berpeluang menatap pintu masuk utama sekolah, saya menyingkap senarai nama pengetua sekolah dan nama ketua murid.

Nama Ketua Pengawas 1984, Kew Chew Peng dan M. Srivani turut menyentak ingatan saya ke zaman itu. Masih teringat lagi dengan 'kelembutan' Chew Peng dan 'ketegasan' Srivani. Di mana agaknya mereka sekarang ya...

Kalau tanya Mohamad (Mat Seman), dia selalu berseloroh katanya Srivani sekarang ni dah jadi doktor! Saya pun rasalah dia dah ada klinik sendiri sekarang ni kot...

Cubalah lawati:-

http://sekolah.mmu.edu.my/smkdatukbendahara/

1 comment:

. said...

Salam.... Kew Chee Peng sy pernah jumpa... semasa bermain badminton di Dewan SMK.Jasin (Main suka-suka je)..Sekitar tahun 2004.. Kalau x silap dia manager Kilang di sekitar Taman Maju...