Thursday, March 19, 2009
MAJLIS MAULIDUL RASUL KG. AIR BARUK

Monday, March 16, 2009
Wednesday, March 11, 2009
JASIN SEKARANG INI
Salam...Akupun dah tak ada idea, apa entri yang nak aku masukkan dalam blog ni... Tapi walau macamnapun aku cuba usahakan setiap minggu ada posting di sini... hah..Walaupun aku baru berpindah kat Tanjung Malim nie...hati aku masih teringat kat Jasin... Jadi hari nie aku postkan gambar-gambar terkini Bandar Jasin..Sebenarnya gambar-gambar ni aku dapat dari web panorama... Kebanyakan gambar-gambar ni diambil sekitar Bandar Jasin... Termasuklah juga rumah-rumah limas tradisional yang masih kekal di Jasin. Rumah-rumah Tradisional ni diambil di Kg. Air Baruk. Oklah semoga enjoy.. dan sekurang-kurangnya teringat juga dgn hometown kita.. Salam
Friday, March 6, 2009
Friday, February 20, 2009
DARI PEKAN JASIN KE BANDAR MELAKA..... CERITA DULU-DULU
Dan kau orang mesti masih ingat Tempat Bus Stand Lama (Belakangnya sawah)... Kedai deretan terakhir nak ke bus stand tu ialah kedai Hajjah... Sementara nak menunggu bas... Kat situlah tempat menunggu bas... Gerai-gerai yang popular kat bus stand Jasin tu... Putu Piring.... Agaknya ada lagi x agaknya mak cik tu...
Thursday, February 19, 2009
SEDIKIT CERITA DAN RASA UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Aku salute kat Chodet...... bila dia tengok blog ni dah macam tak berpenghuni... Dia akan masuk berceloteh... kekadang bila baca tu .. tergelak sorang-sorang... dapat le aku bayangkan sambil menaip sambil membebel.. Tambahan pulak... nicknamenya Atok. Memang sesuai sangat.. Maaf le ye Det... Memang dah lama tak berjumpa dengan kau... Kat sini je kita berbual.. Insyallah diizinkan Allah.. Jumpa le kita nanti... Mungkin kat Jasin kot?...
Sorang lagi... si nonet... Dia nie memang pengunjung setia blog nie.... Tang nie yang aku sayang kat dia.... Ribut ke taufan ke... dia tetap setia dengan blog nie... Cuma baru2 nie je aku jarang tengok dia kat sini... Rupa-rupanya laptop rosak... Tak pe lah Net.... Kalau dah ok.... teruskan yek!... Nonet nie pulak.. approach dia lain sikit bila masuk Shoutmix... Dia akan berceloteh... seolah-olah kita ada dekat dengan dia... Bila dia dah start merapu tu.. hah kau orang siap le.... Jgn marah net ye! bergurau je....
Mak Ngah nie pulak..... puas aku nak mengingatkan muka dia... tak menjelma lagi wajah dia di imaginasi aku...Tapi cam ne pun.... aku angkat topi kat dia... Cara dia nie pulak.. lain sikit.... Kalau masuk kat shoutmix nie... dia akan cerita pasal makan, minum, masak....ye lah... berkaitan dengan orang dapur!.... Kalau dia dah start bercerita pasal makan dan minum... Hai..... kita yang membaca nie pun naik kecur air liur..... Pada Mak Ngah .... jgn serik masuk blog nie.... teruskanlah yek.. Ini je ... cara yang ade untuk kita terus berhubung....Kalau nak berjumpa secara serentak.. Entahlah masa mana kita nak ambil aku pun x tau... Sebenarnya kita tak ade kesempatan lain...Jadi aku harap.. Mak Ngah.. terus berhubung dengan kawan-kawan kat sini ye!..
Si Nita pulak....dia memang best dan brutal... hi..hi... Walaupun dia bukan sama batch dengan kita tapi dia macam biasa je... Kekadang bila aku tengok cara dia berbual dengan Nonet dan Mak Ngah... Dia belasah je...Boleh bawa majlis .. kah...kah... kah... Pada Nita teruskan melayari blog ni..... Hi..hi.. kalau kau orang nak tau... Masa kat sekolah dulu..... Aku pernah gak syok kat dia .... tapi dia x layan... wakaka... Jgn marah Nita yek!.... Kisah lama......
Dak Nim pun rajin masuk blog ni... Yelah.... dia orang nie memang rapat.... Nonet.. Mak Ngah...Bukan saje kat blog nie je yg dia berhubung ... kekadang dia orang nie zooming di YM.... hi..hi.. Kalau di YM tu... kau org pepaham le... ade secret and confidential. Dilarang untuk tayangan umum di Shoutmix... Dak Nim nie selalu gi luar negara... Murah Rezeki... bisnes alhamdulillah... Kalau x bulan 2 nie aku dapat tumpang gi Italy... Hi..hi... Jgn marah Nim yek!.... Aku doakan bisnes kau terus maju......
Si Saufi atau orang kampung panggil Chopit....pun rajin masuk ke blog nie.... Tapi tu le.... masuk... asyik wrong time... akhirnya cakap seseorang ... He.. he... X pe Pit.. janji masuk.. dapat gak dengar berita terkini kengkawan....
Akhir-akhir nie.. aku tengok Si Syamsul pun dan masuk kat sini... Alhamdulillah.. bertambah keluarga kita.... Sekurang-kurangnya... blog ni menjadi penghubung.. walau di mana kita berada... walaupun dah berkeluarga,.. duduk berlainan benua... Namun hubungan harus diteruskan... Aku doakan mudah2an blog nie akan terus kekal... Insyallah .. kalau dipanjangkan usia blog nie... Kita akan dengar berita-berita dari rakan-rakan kita... Sakit pening, kenduri kahwin anak-anak (Ingat!... ada diantara kita anak2 dah jadi anak dara dan teruna).... Dan insyallah x lama lagi mungkin antara kita akan menimang cucu. Cuba kau orang bayangkan... Seronoknya bila dapat berita-berita cam nie...
Nama-nama lain yang pernah masuk kat sini seperti Kasim... Jun... Mat dan etc.. aku tengok dah kunjung x tiba... Mungkin dia orang sibuk agaknya... Kepada mereka nie ... kalau ade masa .. jenguk-jenguklah kami kat sini yek.... Semuga hubungan silaturahim berpanjangan....
Kepada Mamat Seman, Azilah, Mamat, Liza... Azhar.... dan nama-nama yang x aku sebut (bukan x nak sebut ... x ingat)...sudi-sudile ke blog ni.... Si Zainah Alias selalu gak aku contact dia.... Dia tetap ceria macam dulu... x sombong .. seronok berbual dgn dia.... Dah berkali-kali aku suruh dia masuk kat sini... Tapi x nampakpun.... Hahhhhhh.... Fobia IT kot?.... Hi..hi.... Jgn marah Zainah... Si Wati pun aku ade contact.... Mungkin dia sibuk agaknya... Insyallah mungkin dia akan surf kat sini x lama lagi
Sebelum aku menutup entry nie... maafkan le aku.. kalau ade kata dan bahasa yang x selesa dgn kau orang... Aku cuma meluahkan ape yang aku rasa... dan kau orang berhak menyatakan apa kau rasa x kena... Akhirkata..... Assalamualaikum....
Saturday, January 24, 2009
"THE SECRET".... Apa Pandangan Anda
"Saya belum sempat memiliki dan membaca buku Law of Attraction tulisan Michael J.Losier dan terbaru, Money and the Law of Attraction: Learning to Attract Health, Wealth & Happiness oleh Esther and Jerry Hicks. Blurp pada kulit buku Michael J.Losier mendefinisikan Law of Attraciton sebagai The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don't.
Bagaimanapun, minggu lalu seorang rakan meminjamkan DVD The Secret yang memberi penjelasan tentang ‘sains’ tersebut. Video 89 minit yang diterbitkan pada 2006 ini dikatakan menjadi rujukan di seluruh dunia bagi mereka yang mahu mengubah nasib ke arah masa depan yang lebih meyakinkan. Penerbitan video ini disusuli dengan terbitnya buku di bawah judul yang sama pada 2007. Rhonda Byrne iaitu Penerbit Eksekutif video The Secret itu sendiri yang menulisnya. Kedua-dua DVD dan buku beliau mengandungi isi yang sama. Masing-masng terjual jutaan naskhah dalam masa singkat.
Video dan buku The Secret memuatkan pandangan beberapa ahli falsafah, ahli perniagaan, paderi dan penulis seperti Bob Proctor (You Were Born Rich), Jack Canfield (Chicken Soup For The Souls), Dr. John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus), Mike Dooley (Notes From The Universe) dan Rev. Dr. Michael Bernard Beckwith (Spiritual Liberation). Mereka dan orang-orang biasa lain yang dipaparkan di dalam video itu dianggap sebagai bukti bergerak (living proof) kepada apa yang diwarwarkan sebagai kejayaan mengubah kehidupan dengan mengaplikasi ‘sains’ tersebut. Ada yang berjaya sembuh daripada penyakit kronik, ada yang menjadi kaya-raya, ada yang berjaya mengatasi halangan dalam hidup dan mencapai apa yang dianggap mustahil sebelumnya.
Secara mudah, rahsia itu terletak pada cara berfikir seseorang dan yakinnya dia kepada apa yang difikirkannya itu. Mengikut Law of Attraction (istilah yang mula dipopularkan oleh surat khabar New York Times pada 1879), seluruh energi di alam semesta akan menyokong kepada berlakunya apa yang difikirkan dan diyakini oleh seseorang. Apabila dia berfikir yang positif, itulah yang akan berlaku. Apabila sebaliknya maka sebaliknya yang akan berlaku.
Dalam bukunya Spiritual Liberation, Dr. Michael Bernard Beckwith mengungkapkan, "If you can begin with a feeling that you're all right already, you begin from wholeness and move from glory to greater glory. That's spiritual liberation."
Dalam video dan buku The Secret dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kaser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan kansernya pulih – tanpa menjalani radioterapi dan kimoterapi.
Dalam video dan buku itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (meyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan meyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.
Saya sangat terkesan dengan video tersebut. Baru-baru ini anak kedua saya Raihanah memperolehi keputusan semester pertama di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Untuk kertas Kimia, dia mendapat gred A sedangkan sebelum ini dia kurang berminat dengan Kimia dan hanya mendapat D6 dalam SPM. Dia menceritakan kepada saya dan ibunya bagaimana dia mengatasi kelemahannya dalam Kimia.
Katanya, dia menulis “Saya suka Kimia” di dalam buku kerja Kimia dan di beberapa tempat lain. Dia membayangkan dirinya kini suka kepada subjek itu. Kebetulan guru Kimianya di pusat matrikulasi terbaca ayat itu pada bukunya dan berkata, “Wah, bagusnya awak. Bangganya saya.” Sejak itu Kimia tidak lagi menjadi masalah kepadanya.
Jika mengikut teori Law of Attraction, seluruh energi di alam semesta telah menyokong ke arah berlakunya sangkaan anak saya bahawa dia menyukai Kimia. Lalu, apa yang difikirkannya itu betul-betul berlaku. Dia akhirnya suka kepada Kimia. Minat dan tumpuan pada sesuatu menjadikan ia mudah dikuasai. Gred Kimia yang diperolehinya membantu menyumbang kepada CGPA 4.0 dalam peperiksaan semester pertamanya.
Saya sangat terkesan dengan dapatan dari video The Secret kerana apa yang dianggap ‘rahsia’ itu sebenarnya sudah diberitahu lama dulu oleh Rasulullah SAW tetapi kita umatnya sudah tidak begitu menghiraukannya. ‘Rahsia’ itu diberitahu oleh baginda dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada-Ku.” (Riwayat Muslim)
Dalam hadis qudsi ini, Allah memberi isyarat bahawa apa yang difikirkan dan diyakini oleh hamba-Nya, itulah yang Dia akan beri.
Orang-orang bertakwa tidak perlu belajar tentang ‘The Secret’ atau Law of Attraction, kerana sikap dan keyakinan mereka memang sentiasa positif. Mereka sentiasa berfikir yang positif dan meyakini yang positif. Diuji dengan dugaan hidup yang berat pun, mereka masih positif bahawa Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada mereka melalui ujian itu. Lalu itulah yang mereka dapat iaitu kebaikan dari musibah yang berlaku. Mereka sentiasa bersangka baik dengan Allah, sentiasa yakin adanya hikmah di sebalik setiap ujian-Nya. Maka hikmah itulah yang mereka dapat.
Fokus orang-orang bertakwa adalah pada memburu redha Allah dan menganggap redha Allah adalah segala-galanya. Mereka berbuat ketaatan dengan mengharap dan meyakini di situ adanya redha Allah. Mereka meninggalkan perkara maksiat dan mungkar dengan mengharap dan meyakini bahawa Allah meredhainya. Redha Allah yang mereka mahukan dan yakini maka redha Allah itulah yang mereka dapat. Apabila Allah redha kepada seseorang, Allah menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi redha dan kasih kepadanya termasuk makhluk yang dipanggil energi, sel, atom atau apa saja namanya.
Inilah juga rahsia kenapa Allah melarang umat Islam berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa kesusahan, seseorang itu sudah mewujudkan sangkaan negatif di dalam dirinya. Dia akan dua kali susah. Susah ditimpa dugaan hidup dan susah kerana kesusahan yang menyusul akibat berfikiran negatif. Sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung ternafi hikmah dari musibah yang sepatutnya dia boleh dapat apabila bersangka baik kepada Allah.
Di sini juga rahsia kemakbulan doa iaitu apabila doa dipohon berserta keyakinan bahawa Allah akan memakbulkannya. Bandingkan dengan doa yang dipohon dalam keadaan lalai atau tidak yakin Allah akan memakbulkannya. Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..." (Al-Mukmin: 60)
Dalam The Secret juga disebut tentang konsep syukur dengan kata-kata, “If you are grateful, you will get more.” Bukankah ini ‘rahsia’ umat Islam? Bukankah Allah berfirman yang maksudnya: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Ibrahim: 7)
Bagi penulis berjiwa Islam, kebolehan menyaring dapatan (input) dari sumber bahan tulisan sangatlah penting. Hati-hati agar kita tidak sekadar menyambung lidah orang-orang yang kufur kepada Allah. Law of Attraction tidak lain hanyalah menimbulkan sangkaan-sangkaan baik dan mengajak kita belajar bersyukur, cuma dalam ‘sains’ itu, ia tidak dikaitkan dengan Allah.
Apa yang disebut sebagai ‘energi’ dari alam semesta itu tidak dikaitkan secara langsung dengan sumber energi tersebut iaitu Allah. Apa yang disebut sebagai “mendapat lebih apabila bersyukur” itu juga tidak dikaitkan sangat dengan Pemberinya, Allah.
Tanpa dikaitkan dengan Penciptanya, seseorang itu mungkin secara tidak sedar menganggap yang seolah-olah ‘energi’ itulah Tuhan. Paling tidak, dia tidak akan ‘nampak’ Allah dalam setiap perkara yang dia dapat dengan mengaplikasi Law of Attraction atau ‘The Secret’. Dia hanya nampak adanya ‘energi’ yang membolehkan dia mencapai apa yang dimahukannya melalui kekuatan memfokus dan meyakini. Lalu, di mana Allah?
Di sini perlunya penulis yang berjiwa Islam memberi halatuju yang lebih jelas kepada apa yang diwarwarkan sebagai ‘The Secret’ atau Law of Attraction. Mungkin dari situ kita akan menemui semula senjata yang tercicir. Law of Attraction wajar dianggap sebagai ‘adaptasi’ dari sistem nilai yang sedia ada di dalam Islam iaitu bersangka baik dan yakin bulat kepada Tuhan. Law of Attraction adalah sunnatullah atau hukum alam yang boleh berlaku kepada sesiapa saja, Islam atau bukan Islam, seperti firman Allah:
“Dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sunnatullah itu berubah.” (Al-Ahzab: 62)
Law of Attraction perlu ‘diadaptasi’ semula kepada versi Islamnya untuk menguatkan tauhid umat. Penemuan Law of Attraction itu seharusnya menyedarkan kita dan menjadikan kita bertambah yakin kepada kebenaran Islam."
FIKIR-FIKIRKAN.....Boleh berikan komen anda...
Sunday, January 18, 2009
Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati
Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.
Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.
Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67).
Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.
Sumber Bahan: (Koleksi Pegawai KGSK)
Sunday, January 11, 2009
Thursday, January 8, 2009
Celaka Lah Kau Israel!
8 01 2009

Pagi semalam pandangan saya tertarik kepada muka depan Akhbar Utusan Malaysia. Gambar di atas adalah gambar yang tercetak pada Akhbar Utusan Malaysia 07 Januari 2009.
Saya merenung gambar tersebut dengan penuh teliti. Lantas Saya terbayang wajah comel anak saya, Syasya. Saya terbayang, kalau itu adalah anak saya kerana saya dapat bayangkan betapa comelnya anak malang itu. Sudah pasti dia masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Mungkin hanya mahu bermain dan mencuba perkara-perkara yang baru dipelajari.
Mangsa adalah seorang anak kecil yang masih terlalu mentah dan tidak tahu apa-apa tetapi peluru Perang menjadikannya mangsa yang cukup memilukan. Wajah kecil yang suci tanpa dosa itu menjadi korban Rejim Israel Laknatullah.

Hati saya panas! Kesal dan terasa begitu lemahnya Umat Islam. Dunia hanya mampu mencecam, mengutuk dan kesal terhadap apa yang berlaku tanpa ada tindakan-tindakan konkrit. Saya sendiri harus mengakui kelemahan diri yang nyata menjadikan Israel bermaharajalela membunuh dengan sesuka hati. Lebih 650 nyawa melayang seperti ia tiada apa-apa perasaan dalam hati mereka. Membunuh dengan kejam seolah sudah menjadi makanan harian yang langsung tidak meninggalkan kesan dalam hati mereka. Nyatalah hati mereka sudah langsung mati!

Setelah kesucian Masjid dinodai, kini Israel yang mula menggerakkan serangan darat mula menjadikan sekolah sebagai sasaran dan mungkin juga nanti hospital juga akan turut menjadi sasaran. Israel tidak mengenal erti kemanusiaan. Tambahan pula ia disokong oleh Amerika yang seperti melepaskan batuk di tangga berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Sememangnya Amerika merupakan boneka Israel.
Semalam penggunaan Bahan Fosforus yang boleh mengakibatkan kulit terbakar mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Israel melakukan penghapusan etnik dan hasrat mereka untuk memperluaskan negara haram mereka.
Marilah kita sama-sama mengambil langkah mula untuk mengajar Rejim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Mari kita buktikan dengan memboikot barangan Amerika/Israel. Memang harus diakui dalam kehidupan seharian kita, kita sudah sebati dengan barangan mereka tetapi demi maruah Islam marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan barangan Amerika/Israel sebagai permulaan dan kemudian terus langsung tidak menggunakannya.
Kalau macam Coca Cola, sepatutnya kita boleh terus henti minum. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawa kita mampu memberi impak walaupun kita hanyalah insan kerdil tetapi jika kita bersatu, kita akan teguh.
Berbalik isu Gaza, adakah dunia dan Amerika akan menganggap Ehud Olmert sebagai Penjenayah Perang? Beranikah dunia? Kalau Saddam Hussein dan Iraq, cukup pantas dunia mengambil tindakan tetapi jelas ‘double standard‘ berlaku dalam kes ini.
Sekali lagi dengan suara yang kerdil ini, saya menyeru semua Umat Islam dan saudara muslimku agar sama-sama bersatu dan sama-sama bertindak dengan segala daya kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah ini.
Ayuh saudara-saudaraku!
CELAKALAH KAU ISRAEL!
p/s: Jom sama-sama sokong online petition ini. GAZA: STOP THE BLOODSHED
Sumber berita: http://saifulazrul.wordpress.com/2009/01/08/celaka-lah-kau-israel/
5 juta pelajar sertai gerakan massa
Menurutnya, gerakan besar-besaran itu turut membabitkan warga pendidik serta kakitangan kementerian yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.
“Menerusi gerakan itu, semua lima juta pelajar dari 10,000 sekolah akan diberi pendedahan meluas bahawa keamanan, keadilan dan keadaan selesa negara ini pada bila-bila masa boleh dirampas pihak tertentu yang rakus dan tamak.
“Kesedaran perlu diisi dalam jiwa anak-anak kita sejak di bangku sekolah lagi dan menerusi gerakan sedemikian, ia akan membawa erti dan makna yang amat bernilai kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Gerakan massa itu dipersetujui oleh Kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Menurut Hishammuddin, gerakan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan berharap semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kementerian lain akan terlibat menyatukan suara generasi muda agar ia dapat didengar di peringkat antarabangsa dengan lebih berkesan.
Menurutnya, isu keganasan dan pembunuhan adalah merentasi umur, jantina, bangsa dan latar belakang masyarakat.
“Semuanya harus sedar bahawa setiap daripada kita kena putuskan tindakan sendiri dan kalau kita mendiamkan diri, bermakna kita tidak ada bezanya dengan mereka (Israel) itu,” katanya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan
SAJA-SAJA NAK TAU
Cuba kau orang tengok model kereta ni... Katanya macam MPV keluaran Proton.. Tapi sekali tengok memang mengancam...Berdasarkan gambar ni... Memang macam keluaran Proton sebab ada lambang & logo Proton. Entahlah mungkin Lotus punya keluaran kot...? Cuba kau orang tengok sendiri. Kalau betullah... memang canggih.. futuristik idea....

Monday, January 5, 2009
KADANG-KADANG KENA AMBIL TAHU
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :
175/70R13/82H
- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
SENARAI KOT:
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905
- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905
• dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19 maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005
*Sumber Harian Metro
Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
RENUNGAN: Elak Hati Menjadi Mati
Nabi Muhammad s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang boleh kita faham dari penjelasan maksudnya, bahawa dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya dan jika sebaliknya ia rosak, maka rosaklah seluruh badannya, itulah hati yang ada dalam diri manusia (dipetik sebahagiannya dari hadis keenam daripada kitab hadis 40 Imam Nawawi).
Baginda Rasulullah yang diutus oleh Allah ke dunia ini, bukan sahaja menitikberatkan persoalan yang besar seperti masalah kenegaraan kerana baginda seorang pemimpin negara, malah dalam persoalan mendidik jiwa juga adalah tanggungjawab baginda bagi memastikan manusia yang bernama Islam khususnya memiliki hati yang sejahtera dan hidup dengan ajaran Islam yang mudah untuk dipimpin kepada kebenaran agama.
Kerana hati manusia itu ada kaitannya dengan hidup atau mati peranan dan fungsinya, maka baginda mengingati umatnya agar sentiasa memeliharanya dengan baik agar ia terus subur dan hidup hanya untuk Allah.
Justeru, Islam ada memperkenalkan Ad-Doruriyat al-Khamsâ iaitu lima perkara yang wajib dan mesti umat Islam pelihara iaitu:
1) Agama.
2) Akal.
3) Harta.
4) Jiwa atau hati.
5) Keturunan dan kehormatan diri.
Hati manusia itu merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan oleh Islam, jika salah ditarbiah maka ia akan menyusahkan tuannya nanti di akhirat, sehubungan itu Allah SWT ada menegaskan menerusi ayat 36 surah al-Israa yang bermaksud:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (manusia), semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.
Bagi memastikan agar hati itu terus subur dan hidup dengan Islam, maka baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya agar jangan sekali-kali mematikan hati pada malam kedua-dua malam Aidilfitri dan Aidiladha. Hati mati dengan tidak bertakbir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
Rasulullah ada bersabda: "Barangsiapa yang bersembahyang pada malam Aidil Fitri dan Aidiladha tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati manusia dimatikan oleh Allah."
Kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:
Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.
Dan Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera, ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syuaraa yang bermaksud:
Iaitu di hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera).
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat dari penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.
Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6) Redha terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.
Tanda-tanda hati yang rosak
1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3) Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8) Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.
10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit hati
1) Nifaq dan riya (menunjuk-nunjuk).
2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.
3) Hasad dan dendam kesumat.
4) Sombong, bangga diri dan ego.
5) Bohong dan berputus asa.
6) Cinta mendalam kepada selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.
8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.
10) Belot dan khianat.
11) Suka memaki hamun orang lain.
12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.
Kaedah rawatan penyakit hati
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.
Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertaqwa kepada Allah
Sumber: http://www.ppdjasin.edu.my
Saturday, December 27, 2008
Doa Akhir & Awal Tahun...
Di sini saya sertakan lampirannya.... Jika ada kelapangan singgah le ke Ustazmelaka.net. Kalau nak jelas lagi...
klik pada gambar atau muat turun di http://www.ustazmelaka.net/index.asp ataupun klik DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN
Thursday, December 18, 2008
Cuti sekolah dah dipenghujung...
Sahabat..... Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya... Maknanya.. budget besar telah menunggu kita.... Melihatkan dari segi umur kita nie... kebanyakannya dah mempunyai anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah... bagi kengkawan perempuan pulak mungkin anak mereka nie dah masuk ke kolej atau universiti..(Dah makin berumur rupanye kita nie yek!) Nampaknya makin besar anak makin besarlah budget kita..
Bila teringat balik masa sekolah dulu-dulu.... bab-bab pengurusan nie... kita x ambil tahupun... Yang kita tahu,... buka sekolah.. ada baju baru, seluar baru, kain baru, tudung baru.. dan segala2nya baru...etc... Bila dah sampai tahap nie... barulah kita sedar.. betapa besar tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak... Skg nie tibalah giliran kita pulak....Pada yang anak ramai (macam aku).. pastilah budgetnyapun "ramai". Mudah2an segalanya dipermudahkan...
Oklah... dah nak solat jumaat.... Aku gerak dulu... Pas ni sambung balik... Salam
Wednesday, December 10, 2008
Sedikit cerita ex-guru kita...
Utk pengetahuan rakan-rakan ,bila aku dah masuk ke alam pendidikan nie.. Aku berkesempatan berjumpa dengan bekas guru-guru kita... tetapi pada situasi yang berbeza.... Memang menyeronokkan dan kekadang malupun ade...kerana mereka ini faham sangat dengan perangai kita.. Aku sempat mengajar di SIS..dan kat situlah aku berjumpa dengan Cikgu Seman Tana (Tentu kau org ingat: cikgu seni perusahaan kita)... dah jadi rakan sejawat..Kali pertama makan kat kantin SIS..aku duduk sebelah dia.... sambil berbual.. Sempatlah jugak aku menanya. Kata aku.. "Cikgu ingat saya lagi? Dgn selamba dia menjawab.. "Hemmm, kenal sangat dengan group2 kau tu"... Terkedu aku dibuatnya.. Pas tu dia senyum je..... Tapi dia tetap macam dulu... cool je tapi bila dia dah marah... angin satu badan. Sehingga sekarang dia masih di SIS. Isteri dia .. Cikgu Zainon (ajar Kimia).. kalau x silap dia mengajar di SMK.Selandar. Kami sama-sama menghantar anak pada pengasuh yang sama. Dia masih macam dulu... (Teringat aku.... bila kena halau dari kelas dia...3 bulan x masuk kelas Kimia.... pasal mengajuk dia mengajar...Ini semua kenang2an yg x boleh aku lupa....
Masa aku di tempatkan di Jabatan Pelajaran Melaka... Pengalaman yg aku tak boleh lupa bila pergi melawat sekolah-sekolah......... Kau tahu.. bila gi memantau ke sekolah2.... terjumpa le cikgu2 kita yg kebanyakkannya dah jadi pentadbir sekolah seperti Guru Besar ataupun pengetua.. Kau orang mesti ingat Cikgu Faridah (ajar kita Fizik..) dia skg jadi Guru Besar kat SK.Bukit Beruang....Dia tetap ingat aku....Dia tengok aku .. dia senyum je.....senyum ade makna tu..Suaminya Cikgu Salleh (mengajar STP dulu) satu floor di JPN.Melaka....Cikgu Osman Sagap dah jadi Pengetua kat SMK.Malim.....Dia macam dulu juga... skg ni tengah syok dok main badminton. Paling seronok bila berjumpa dengan Cikgu Salamah Hashim (ajar kita Bahasa ke sejarah... Pakai cermin mata besar dulu) Dia sekarang Pengetua SMK.Talib Karim.. Aku ke sana gi memantau peralatan sekolah dia...Seronok berbual panjang dgn dia... Ye lah.. dulu-dulu kebanyakan cikgu-cikgu perempuankan ramai x pakai tudung.. Jadi bila berjumpa semula tu susah jugak nak cam... Cermin matapun dah kecil.... Tergelak dia dengar.... Sempatlah aku minum bersama dia.... Cikgu Ali Aman.. aku berjumpa di SMDB... ada majlis di situ.. Guru Displin lagi... Masih garang macam dulu... Rotan sentiasa di tangan. Skg ni kalau x silap... dia dah jadi Guru Besar. Cikgu Zainal masih di SMDB..... Dia banyak berkecimpung dalam bidang ICT... Laman web SMDB... rasanya dia yang bangunkan.
Bagi mereka yang kelas 1C (1980)... mesti ingat dengan Cikgu Rahmah... (rambut afro..).. Aku ke sekolah dia sebab ada aduan mengenai masalah guru. Pada peringkat awalnya aku memang x tahu dan x cam pun siapa GB sekolah nie. Setiba di sekolah ni...aku terus ke bilik Guru Besar(GB).... Sambil mempelawa aku duduk.. dia senyum je..... Jadi nak memulakan cerita aku bertanyakan masalah sebenar yg berlakukan sekolah tu... Dia x jawabpun.. dia senyum dan terus senyum... Katanya "Saya kenallah awak Amran"..... Terpinga-pinga aku dibuatnya... Pas tu dia perkenalkan diri dia.. Ya Allah malunya aku... Guru sendiri x boleh nak cam.... Tapi.. mcm yg aku cakap tadi... .. perubahan diri beliau yg membuatkan aku memang x leh nak cam....
Dan seorang lagi yg aku sempat berurusan ialah dengan Cikgu Busra... (Cikgu Sains... mungkin ada yg masih ingat dgn dia... Motor Scramble Suzuki Warna Kuning).. Kan zaman tu cikgu-cikgu muda minat Motor Scramble... Dia skg di SMJ.... Masa tu aku ke sana nak menggunakan dewan untuk satu aktiviti peringkat negeri anjuran JPN.Melaka... Dia tetap cool.... memang best... Aku sempat bertanyakan tentang Cikgu Alias... Katanya cikgu Alias skg dah bergelar Dr.... kalau x silap mengajar di UiTM.....Dan katanya lagi... Cikgu Yazid (Ajar sejarah: perkara yg aku ingat sampai skg ialah prinsip Jusoli- mengenai kerakyatan dan warganegara)... masih sakit.... Insyallah kepada kengkawan yang berkesempatan.. jenguk-jenguklah beliau....
Yg paling kerap aku berjumpa ialah Cikgu Noorsir Sarip (sama Jabatan.. Dia di Unit Kokurikulum dan aku di Sektor Perkhidmatan Akademik).. Skg nie dah x panggil cikgu... panggil abg je wakakaka..
Itulah... sahabat.. Bidang kerja aku nie lah yang buat aku mudah berjumpa dgn cikgu-cikgu kita dulu.. Rasa hormat pada cikgu tu sampai terbawa-bawa masa kerja.. Yang paling best sekali bila aku beri kursus ICT dlm pendidikan untuk pengetua-pengetua dan guru-besar-guru besar negeri Melaka. Masa tulah aku nampak ramai bekas guru-guru kita yang rupa ingat nama dah x ingat....Mudah2an cerita ini mengembalikan nostalgia lama... Tidak ada niat lain kecuali berkongsi cerita.... Harapan aku agar... ramai rakan-rakan yang akan tampil berkongsi cerita... berbual bicara.... Mohon kepada Safuan pemission author.... atau terus email kepada beliau... Mudah2an blog ini menjadi penyambung sillaturahim antara kita... Tahniah kepada Safuan... tahniah kepada Chodet yg begitu perihatin terhadap perkara ini... dan tahniah kepada semua yang selalu menjenguk... memberi kata.... berbual mesra di ruang sembang... Kalau boleh dpt berikan nama yg kawan boleh kenal.. lebih mesra ... lebih mudah utk bergurau senda... Sekian... wasalam.....
Amran bin Aris
Renungan untuk kita semua...
Tuesday, December 9, 2008
Nak cerita sikit...
Posting kali ni... aku nak berkongsi sedikit cerita mengenai kawan-kawan kita yang pernah kita tahu dan kenal mereka ini... Aku rasa.. kau orang masih ingat pada Zaki, Mohd. Dani, Sabri Jamal, Zaili (Mat Pendek), Zahari (sheikh), Sabki, Zainah Alias, Aiha, Dak Nim... dll. Mereka ni memang aku selalu tengok....
Zaki sekarang masih berada di Kesang.... dia dah pencen (Sojar)... Kalau hari sabtu atau Ahad.. aku biasa berjumpa dan kekadang minum pagi bersama kat kedai Sabri .. Makan roti canai(Masih ingin sabri Jamal?). Kalau kau orang x ingat.. aku bagi hint sikit... masa sekolah dulu dia ni badan besar dan kategori tinggi jugalah... dan yang paling senang nak ingat cermin mata dia tebal (jgn marah Sabri)..
Yg seronoknya... bila kami berjumpa cerita-cerita zaman sekolah x pernah lekang dlm topik cerita kami... Tapi skg... aku dah pindah ke T.Malim... X dpt nak minum macam dulu lagi... sedih juga..Mohd. Dani pulak baru pindak ke JAsin dari JB... Selalu jugak pergi rumah aku... Kamipun selalu berhubung.....Mat Pendek ni (Zaili) kau org mesti ingat punya.... Skg nie dia jadi warder kat Sekolah Henry Gurney... Jgn kau org x tahu... dia skg ni Sarjan..Tengok misai pun dah ngeri. Tapi dia ni aku jarang jumpa...
Bila sesekali balik kampung dia singgah kat rumah mak aku... (Itupun kalau aku ade)... Zahari Haris (Senior kita setahun).. Masih di Jasin.... anak ramai.. (macam aku juga).. Walaupun duduk di Jasin... Jarang jumpa....Si Sabki... atau nama glamour dia Chitam memang aku selalu jumpa... kalau x kat kg... kat YM (Yahoo Messengger).. Aku rasa kau orangpun tahu siapa dia... x cerita le (nanti terangkat pulak dia)...Zainah Alias.. ada juga aku jumpa... pasal dia nie cikgu... jadi sama profesyen ngan aku... jadi x leh nak lari... .. Masih cantik lagi tau... wakaka.. Jgn marah Yazid (laki dia).....
Dak Aiha pulak ... aku kerap nampak dalam kereta je (Adik ipar Chitam.... Kawin dgn Chalus@Saufi)..Itupun kalau dia balik rumah mak mertua dia.. Pasal lalu depan rumah mak aku... Dak Nim paling senang nak jumpa... Kau orang lalu je roundboard Jasin (Pasal Jasin kaya dgn roundboard...pastikan rb yg pertama dari arah Melaka)... Nampak je Avon... opposite dgn bangunan MARA.. dia skg dah berjaya jadi bussiness women.. Aku tumpang bangga.... Akupun setaman dgn dia..... Selalu nampak tapi x de kesempatan nak berjumpa.... Nanti ye Nim... balik Jasin aku jumpa kau....Bagi kengkawan lain yang aku x sebut... mungkin aku x ingat ke... ape ke... maapkan aku.... Bagi yg setia dgn Yahoo Messengger (Nonet, Nita Aris, Azila, Sabki... ) harap dpt teruskan perhubungan kita nie..
Kepada kawan-kawan lain... harap dapat terus berhubung .. Kalau x dapat bersua... bersua di alam cyberpun dah memadai.... Dan untuk Safuan... terima kasih kerana membenarkan aku membuat sedikit cerita yang kita dapat kongsi bersama... Insyallah di lain posting... aku nak berkongi cerita mengenai cikgu-cikgu kita... Salam







