Wednesday, November 26, 2008

Jemputan...

Assalamualaikum Wrbt dan Selamat Sejahtera,

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Ceramah Perdana Yusuf Estes yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 28 November 2008 bersamaan 30 Zulqa'dah 1429H ( Jumaat )
Masa : 8:00 - 10:00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tajuk Ceramah : "Faith, Science & Common Sense"

Masuk adalah percuma.

Yusuf Estes PhD. (Lahir 1944), adalah seorang rakyat Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam dan merupakan Pengerusi kepada "The Muslim Foundation International", sebuah organisasi yang komited menjalankan usaha dakwah dan memperkenalkan Islam ke seluruh dunia berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan dan ahli kepada "Disciples of Christ" dan dikenali sebagai "Skip Estes".

Pada tahun 1962 hingga 1990, beliau mempunyai pelbagai karier seperti menjadi Menteri Muzik, "Preacher" dan mempunyai Syarikat "Estes Piano & Organ". Beliau tinggal di Texas dan Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, Yusuf Estes telah berurusniaga dengan seorang usahawan Mesir yang bernama Muhammad. Beliau belajar mengenai Islam secara terus dan memeluk Islam pada tahun yang sama bersama isteri, bapa dan ibu tirinya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Mesir, Maghribi dan Turki.

Pada tahun 2006, Yusuf Estes selalu muncul di Peace TV, yang merupakan saluran Islam 24/7 yang disiarkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Sekian. Terima kasih.

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat

Monday, November 24, 2008

Sebilangan rakan-rakan kita boleh cuba dihubungi di sini...

Sebenarnya kita mempunyai sedikit rekod untuk mengesan rakan-rakan lama kita. Ya di sini. Mungkin kita boleh sama-sama 'contact' mereka semula.

Ibadah korban yang besar fadhilatnya...

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah." Al-Kautsar:2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ibadah korban ini, saya sisipkan laman web di bawah sebagai panduan.

Wednesday, November 19, 2008

Codet cadang kumpul seberapa ramai member...

kabo baik....line tel je buat hal..dah sebulan aku tunggu...ha sekarang baru ok..

Memang betullah kata kau tu zai (Zairi)....tapi semua perancangan semuanya tergendala....

Tentang perlantikan x-smdb tu....mula-mula dulu aku cadangkan Amran Aris.....pian..tapi dia dah merantau ke tempat lain.....jadi kena lah cari orang lain...

Aku rasa step yang pertama, kita kumpulkan dulu seberapa ramai member yang ada...pas tu boleh lah kita plan aktiviti seterusnya.....

Harap dapat komen dari member-member...

Salam.

Codet.

Paparan khas untuk perantau...

Sekolah Kebangsaan Air Baruk....
mungkin ada diantara kita yang bermula di sini....

Bandar Jasin...tetap dalam ingatan...


Masjid Al-Ghaffar....mungkin sebahagian kita masih belum sempat singgah dan solat di sini.

Tuesday, November 18, 2008

Tahukah anda!

Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Bendahara, mula ditubuhkan pada tahun 1960 dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Inggeris Jasin, SMIJ atau dalam bahasa Inggerisnya Jasin Secondary English School, JSES.

Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 153 orang sahaja yang ketika itu menumpang di Sekolah Inggeris Jasin yang kini dikenali Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruk, sehinggalah bangunan baru sekolah ini siap pada tahun 1961.

Bahasa perantaraan di SMIJ atau JSES ketika itu ialah Bahasa Inggeris. Encik Gurdit Singh Gill merupakan pengetua pertama SMIJ atau JSES.

Beliau dibantu oleh 6 orang guru, iaitu Pn. J.M.Ross, En.Kong Teng Kok, En.Wong Theam Keat, En.Nadarajan, En.Alwi b. Hj.Ahmad dan En.James Dorairaj. Encik Gurdit Singh Gill mula menjadi pengetua sekolah ini pada tahun 1960 sehinggan tahun 1961. Beliau kemudiannya diganti oleh Pn.J.M.Ross.

Pada bulan Oktober 1979, nama Sekolah Menengah Inggeris Jasin, telah ditukar kepada Sekolah Menengah Datok Bendahara di atas saranan dari Yang Berhormat Datuk Abd.Aziz b. Tapa, DKSJ., KMN., AMN., PJK., yang ketika itu merupakan Yang Dipertua PIBG SMIJ.

Nama yang dipilih iaitu Datok Bendahara, adalah sebagai mencontohi kebijaksanaan dan keberanian Bendahara Paduka Raja Tun Perak, taat dan patuh seperti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan bersemangat seperti Bendahara Seri Wak Raja.

Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, Bendahara merupakan tokoh yang penting menggerakkan sesuatu pentadbiran.

Sunday, November 16, 2008

Bukan semua yang kita masih ingat...

Betul tak....daripada gambar ini bukan semua di sini yang kita masih ingat lagi nama mereka. Tak caya cubalah teka kalau berani. Siapa yang boleh ingat nama semua kat sini memanglah dia ni tak makan tua!

Bagaimanapun ini adalah salah satu tempat melepak sekumpulan daripada kita dulu. Kat belakang makmal kimia.

Satu lagi kalau ada gambar-gambar lain yang nak dikongsi bersama harap emailkan ke smdbjasin@yahoo.com .