Friday, February 20, 2009

DARI PEKAN JASIN KE BANDAR MELAKA..... CERITA DULU-DULU

Salam buat warga Ex-Smdb... Entry kali ni... aku nak cerita sikit pasal Dari Pekan Jasin Ke Bandar Melaka. Disebabkan kebanyakan Ex-Smdb ramai orang Jasin... sekurang-kurangnya terkenang jugaklah zaman-zaman kita kecik2.. Kita semua nie membesar hampir dipersekitaran yang sama... So apa yang aku nak ceritakan nie mungkin ade sedikit persamaan dengan apa yang pernah kau orang lalui...

 
Masjid Lama Kg. Air Baruk... 
Mesti kau orang ingat.. masa kecik-kecik (sekitar awal 70an)... Kalau nak ke Bandar Melaka tu... Bas yang sangat setia dengan kita ialah Bas MOS (Malacca Omni Bus) sesetengah kita panggil dulu "Melaka Orang Sakai".. Hi..hi.. .... Warna kuning.. sedikit garisan merah...Tempat duduk kemerah2an.. tanpa penahan kepala... Hanya palang besi tempat kita bersandar.. Kekadang bila terlelap tu.. terhantuk jugaklah belakang kepala... hi..hi.. Itupun kalau nasib dapat duduk... Kalau kena berdiri, pegang ajelah besi kat penahan kepala tu... Nak pegang palang atas tak sampai.. pasal masa tu kecik lagi.. Dan yang paling seronok bila nak tekan loceng.. berebut2... Padahal bukan sampaipun.. Sampai berdiri atas kerusi...Satu perkara yang aku tak leh lupa arahan kat tepi dinding bas "Hilang Ticket Anda Kena Bayar Semula"... Hi..hi.. nak tergelakpun ade... Pengkalan Bas ni dekat dengan rumah aku... Kira dekat dengan Masjid Lama Kg. Air Baruk le..

Dan kau orang mesti masih ingat Tempat Bus Stand Lama (Belakangnya sawah)... Kedai deretan terakhir nak ke bus stand tu ialah kedai Hajjah... Sementara nak menunggu bas... Kat situlah tempat menunggu bas... Gerai-gerai yang popular kat bus stand Jasin tu... Putu Piring.... Agaknya ada lagi x agaknya mak cik tu...
 
Tanda Milestone
Jarak dari Jasin nak Melaka tu lebih kurang 181/2 batu (dulu pakai sistem imperial... bukan metrik)... Bila kita dah ade dalam bas tu... Satu perkara yang selalu dilakukan ialah mengira jarak .. Seronok jugak... macam countdown.... 18...17.....16..... pas tu tertidur... tau-tau dah sampai.... 
    Balai Polis Lama... Berdepan dengan Post Office
                                                                                                                                            
 
   Pejabat Pos Lama.. Kini dah jadi Muzeum Pertanian Jasin
 
    Kedai Berahim: Tempat beli rempah
Kalau naik bas MOS... mesti lalu kedai Berahim  nie.. Bini dia Mak cik Salmah (Popular dengan Rempah).... pas tu mesti jumpa pos office berdepan dengan balai polis lama.... Teringat aku masa Darjah 1... Masa tu sekolah kat SK. Jasin.. Dulu kaedah menabung ialah dengan cara membeli stamp dan tampal pada kad.... Bila stamp dah memenuhi kad tu... Cikgu akan bawak kami ke post office... Masa tu yang best... Sebab dapat jalan2... Kami akan melalui Balai Polis Lama tu dan menuruni bukit  terus ke Post Office... Aku masih ingat lagi... Arwah Cikgu Noresah (Ibu Cikgu Kamaruzzaman Tawi).. yang selalu membawa kami..
Ok.. sambung cerita nak ke Bandar Melaka tadi..Laluan nie mesti kita akan lalu.(Lihat Gambar kat bawah)

    
Rumah Pegawai Kerajaan... Skg nie dah jadi Rumah Anak-Anak Yatim Jasin.. (Lokasi: berdepan dengan Pejabat Pos Baru Jasin)
 
 
Rumah Guru... Pernah Menjadi Pejabat Koperasi Polis (Bersebelahan dengan Kuil Hindu, dekat dgn Bang Taib jual Goreng Pisang.. alah... yg kerja driver kesihatan dulu... Depan Hospital Lama Jasin Daaa....
Masa tu bas memanglah x de air-cond.. Jadi berlakulah perebutan untuk duduk di bahagian tepi... Tingkap pulak main tarik dan turun.. Silap2 haribulan tersepit tangan..  Biasanya permandangan kita masa ni diiringi oleh pokok-pokok getah yang setia menemani kita.... Cuba kau orang tengok gambar kat bawah nie.... 

     Pekan Bemban.... 
Ini le Pekan Bemban.... Skg nie bangunan kayu nie dah x wujud lagi.... Dah terbakar.... Kalau x silap aku 2 atau 3 tahun lepas.... Kalau ikut sejarah... Ini kawasan hitam...(Masa zaman Komunis dulu le)  Skg nie tempat nie dah berubah.... Ada TrafficLight.. Kalau pagi-pagi nak gi kerja tu... jenuhlah jugak nak tunggu clear jalan nie.... hi...hi.. Sebenarnya dari Jasin nak Bandar Melaka ambil masa lebih 1jam jugalah ... Yelah walaupun x sibuk masa dulu-dulu.... tapi keadaan bas dan kejap2 berhenti tu yang memanjangkan masa...  Kekadang tu bosan juga.... Biasanya selepas Pekan Bemban, bas dah jarang berhenti kerana penempatan di kawasan nie agak kurang....... Salah satu tempat yang paling best ialah bila nak sampai ke Kandang.... Suasana  di sawah.... memang betul-betul teringat dibuatnya... Kebetulan aku ade sedara kat Kandang....
 


   Masjid Kandang.. Sebelah kanan dari Jasin                                           
 
 Aktiviti membajak sawah kat Kandang
Dan satu senario biasa yang tidak terlepas pandangan kita ialah persimpangan Balai Polis Kandang... Di sebelah simpang sebelah kanan.. Rumah Tradisional Baba dan Nyonya... Akupun x  pasti samada masih ada lagi  x rumah tu....

    Balai Polis Kandang 
Biasanya inilah indikator@landmark yang kita dah hampir sampai... Masa kecik-kecik manalah kita tau sangat nama-nama tempat.... cuma dapat cam tempat.... Sebab bukan selalu dapat gi Bandar Melaka.... Sebulan x sekali.... silap-silap setahun sekali... Macam raya le pulak... Fuh bila dah sampai Bus Stand Melaka... Satu suasana yang tak boleh tahan ialah bau asap bas dengan jalan yang berminyak-minyak dengan jalan yang berlubang-lubang... Aku rasa kau orang mesti boleh ingat suasana di bus stand Melaka nie... Dulu shopping centre yang ada.. seingat aku... Malacca Shopping Centre je.... ye.. le... awal-awal 70-an..
Sekarang... semua dah berubah.... suasana yang aku ceritakan tadi hampir 70% dah lenyap dari pandangan kita... Kalau masih wujudpun... fungsi dan suasana sudah jauh berubah... Kita sebenarnya semakin meninggalkan jauh kenangan yang tidak akan dapat kita ulangi... Hampir kesemua kita nie dan melepasi umur 40an.... 
Oklah.... sahabat... Insyaallah di lain bicara... aku cuba untuk membawa kawan-kawan mengimbas nostalgia lama.... Wasalam....

19 comments:

baharam said...

Tahniah! catatan anda dapat membawa kita melihat kebelakang segala peristiwa yang tidak akan kembali lagi.

baharam said...

Tahniah! catatan anda dapat membawa kita melihat kebelakang segala peristiwa yang tidak akan kembali lagi.

Unknown said...

Family saya balik Jasin masa thn 1978 ting.3 . Saya bersekolah di sana 1978 -82. Walaupun 5 thn byk kenangan manis ketika bersekolah di SMDB @ JSES dan SIS. Catatan saudara mengingatkan saya memori silam.

Unknown said...

Family saya balik Jasin masa thn 1978 ting.3 . Saya bersekolah di sana 1978 -82. Walaupun 5 thn byk kenangan manis ketika bersekolah di SMDB @ JSES dan SIS. Catatan saudara mengingatkan saya memori silam.

Unknown said...

Tahniah..amat bermakna utk penduduk jasin..

Unknown said...

Kat pekan Jasin kat bus stand la.. ada satu gerai yg jual cendol... tauke dia Ezil Mazlan ketua kumpulan kugiran belia 4B Jasin... pernah ke peringkat suku akhir Bintang RTM menyanyi perseorangan . Bersekolah di JSES..


. said...

Tk Tn. Hj. Baharam

. said...

Zaman kanak2 memang sangat indah..

. said...

Tk Tn Mohd Yassin Musa

. said...

Saya memang kenal Abg Ezil Maizan tu.. org kampung saya.. tk atas maklumat tuan

. said...

Org rumah Tn. Hj. Baharam adalah 2 pupu saya..

Unknown said...

Kenang zaman kanak2 memang nostalgik.Yg saya ingat dahulu di depan rumah arwah2 Cikgu Tawi/Cikgu Noresah ada sawah. Saya dari Spura. Arwah ayah saya adalah abg kpd arwah cikgu Tawi.

Abdul Rahim said...

Saya biasa kayuh basikal dari Kg Air Barok ke Melaka ulang alik tiap kali cuti sekolah.
Seronok bukan main.

Abdul Rahim said...

Saya biasa kayuh basikal dari Kg Air Barok ke Melaka ulang alik tiap kali cuti sekolah.
Seronok bukan main.

saidi said...

Tahniah..sejarah yg mungkin tidak ramai yg tau,lebih2 lg perantau yg menetap di jasin..

saidi said...

Tahniah..sejarah yg mungkin tidak ramai yg tau,lebih2 lg perantau yg menetap di jasin..

Unknown said...

ALHAMDULILLAH. SAYA SEBAK APABILA PENULIS MENULIS SATU NAMA MANTAN GURU BAHASA INGGERIS SAYA SIR KAMARUZAMAN BIN TAWI WAKTU SEKOLAH RENDAH SRI LANANG DIMANA BELIAU SEPERTI IBUNYA SGT BAIK DAN PANDAI MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSA. SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA PENULIS MEMBERI ILMU SEJARAH JASIN. SEBAB KAMI TAHUN 1990(BOLEH DIKATAKAN BNYAK PERBAHARUAN JUGA) YANG BENAR BEKAS MURID SRI LANANG DAN SEKOLAH MENENGAH JASIN.

Unknown said...

Arwah Cikgu Tawi pernah ajar kami bahasa Jepun untuk program tv sekolah Dan sehingga sekarang Saya mash ingat 2 lagu yg arwah ajar.
Al Fatihah utk arwah

HARSZ said...

Saya anak kpd Bang Taib jual goreng pisang tu..tq kpd penulis atas penulisan yg menarik ni..