Wednesday, December 10, 2008

Sedikit cerita ex-guru kita...

Salam untuk sahabat2 SMDB Group...Sudah hampir 24 tahun kita telah meninggalkan alam persekolahan.... Mungkin ade peristiwa dan kenangan yang masih kita x dpt lupakan... Baik dgn rakan2 sekelas, rakan sesekolah mahupun dengan guru-guru yang banyak berjasa pada kita. Peristiwa sebeginilah yang membuatkan kita terlalu rindukan suasana dulu.... senda gurau, gelak tawa kawan-kawan dan keseronokan menjadikan seorang pelajar...

Utk pengetahuan rakan-rakan ,bila aku dah masuk ke alam pendidikan nie.. Aku berkesempatan berjumpa dengan bekas guru-guru kita... tetapi pada situasi yang berbeza.... Memang menyeronokkan dan kekadang malupun ade...kerana mereka ini faham sangat dengan perangai kita.. Aku sempat mengajar di SIS..dan kat situlah aku berjumpa dengan Cikgu Seman Tana (Tentu kau org ingat: cikgu seni perusahaan kita)... dah jadi rakan sejawat..Kali pertama makan kat kantin SIS..aku duduk sebelah dia.... sambil berbual.. Sempatlah jugak aku menanya. Kata aku.. "Cikgu ingat saya lagi? Dgn selamba dia menjawab.. "Hemmm, kenal sangat dengan group2 kau tu"... Terkedu aku dibuatnya.. Pas tu dia senyum je..... Tapi dia tetap macam dulu... cool je tapi bila dia dah marah... angin satu badan. Sehingga sekarang dia masih di SIS. Isteri dia .. Cikgu Zainon (ajar Kimia).. kalau x silap dia mengajar di SMK.Selandar. Kami sama-sama menghantar anak pada pengasuh yang sama. Dia masih macam dulu... (Teringat aku.... bila kena halau dari kelas dia...3 bulan x masuk kelas Kimia.... pasal mengajuk dia mengajar...Ini semua kenang2an yg x boleh aku lupa....


Masa aku di tempatkan di Jabatan Pelajaran Melaka... Pengalaman yg aku tak boleh lupa bila pergi melawat sekolah-sekolah......... Kau tahu.. bila gi memantau ke sekolah2.... terjumpa le cikgu2 kita yg kebanyakkannya dah jadi pentadbir sekolah seperti Guru Besar ataupun pengetua.. Kau orang mesti ingat Cikgu Faridah (ajar kita Fizik..) dia skg jadi Guru Besar kat SK.Bukit Beruang....Dia tetap ingat aku....Dia tengok aku .. dia senyum je.....senyum ade makna tu..Suaminya Cikgu Salleh (mengajar STP dulu) satu floor di JPN.Melaka....Cikgu Osman Sagap dah jadi Pengetua kat SMK.Malim.....Dia macam dulu juga... skg ni tengah syok dok main badminton. Paling seronok bila berjumpa dengan Cikgu Salamah Hashim (ajar kita Bahasa ke sejarah... Pakai cermin mata besar dulu) Dia sekarang Pengetua SMK.Talib Karim.. Aku ke sana gi memantau peralatan sekolah dia...Seronok berbual panjang dgn dia... Ye lah.. dulu-dulu kebanyakan cikgu-cikgu perempuankan ramai x pakai tudung.. Jadi bila berjumpa semula tu susah jugak nak cam... Cermin matapun dah kecil.... Tergelak dia dengar.... Sempatlah aku minum bersama dia.... Cikgu Ali Aman.. aku berjumpa di SMDB... ada majlis di situ.. Guru Displin lagi... Masih garang macam dulu... Rotan sentiasa di tangan. Skg ni kalau x silap... dia dah jadi Guru Besar. Cikgu Zainal masih di SMDB..... Dia banyak berkecimpung dalam bidang ICT... Laman web SMDB... rasanya dia yang bangunkan.

Bagi mereka yang kelas 1C (1980)... mesti ingat dengan Cikgu Rahmah... (rambut afro..).. Aku ke sekolah dia sebab ada aduan mengenai masalah guru. Pada peringkat awalnya aku memang x tahu dan x cam pun siapa GB sekolah nie. Setiba di sekolah ni...aku terus ke bilik Guru Besar(GB).... Sambil mempelawa aku duduk.. dia senyum je..... Jadi nak memulakan cerita aku bertanyakan masalah sebenar yg berlakukan sekolah tu... Dia x jawabpun.. dia senyum dan terus senyum... Katanya "Saya kenallah awak Amran"..... Terpinga-pinga aku dibuatnya... Pas tu dia perkenalkan diri dia.. Ya Allah malunya aku... Guru sendiri x boleh nak cam.... Tapi.. mcm yg aku cakap tadi... .. perubahan diri beliau yg membuatkan aku memang x leh nak cam....

Dan seorang lagi yg aku sempat berurusan ialah dengan Cikgu Busra... (Cikgu Sains... mungkin ada yg masih ingat dgn dia... Motor Scramble Suzuki Warna Kuning).. Kan zaman tu cikgu-cikgu muda minat Motor Scramble... Dia skg di SMJ.... Masa tu aku ke sana nak menggunakan dewan untuk satu aktiviti peringkat negeri anjuran JPN.Melaka... Dia tetap cool.... memang best... Aku sempat bertanyakan tentang Cikgu Alias... Katanya cikgu Alias skg dah bergelar Dr.... kalau x silap mengajar di UiTM.....Dan katanya lagi... Cikgu Yazid (Ajar sejarah: perkara yg aku ingat sampai skg ialah prinsip Jusoli- mengenai kerakyatan dan warganegara)... masih sakit.... Insyallah kepada kengkawan yang berkesempatan.. jenguk-jenguklah beliau....

Yg paling kerap aku berjumpa ialah Cikgu Noorsir Sarip (sama Jabatan.. Dia di Unit Kokurikulum dan aku di Sektor Perkhidmatan Akademik).. Skg nie dah x panggil cikgu... panggil abg je wakakaka..


Itulah... sahabat.. Bidang kerja aku nie lah yang buat aku mudah berjumpa dgn cikgu-cikgu kita dulu.. Rasa hormat pada cikgu tu sampai terbawa-bawa masa kerja.. Yang paling best sekali bila aku beri kursus ICT dlm pendidikan untuk pengetua-pengetua dan guru-besar-guru besar negeri Melaka. Masa tulah aku nampak ramai bekas guru-guru kita yang rupa ingat nama dah x ingat....Mudah2an cerita ini mengembalikan nostalgia lama... Tidak ada niat lain kecuali berkongsi cerita.... Harapan aku agar... ramai rakan-rakan yang akan tampil berkongsi cerita... berbual bicara.... Mohon kepada Safuan pemission author.... atau terus email kepada beliau... Mudah2an blog ini menjadi penyambung sillaturahim antara kita... Tahniah kepada Safuan... tahniah kepada Chodet yg begitu perihatin terhadap perkara ini... dan tahniah kepada semua yang selalu menjenguk... memberi kata.... berbual mesra di ruang sembang... Kalau boleh dpt berikan nama yg kawan boleh kenal.. lebih mesra ... lebih mudah utk bergurau senda... Sekian... wasalam.....

Amran bin Aris

2 comments:

nani said...

Salam..aku nak kongsi cerita sikit.Aku rasa bebudak perempuan muslim kelas aku 1A(Perdagangan-1980)ingat kisah ni.Edit,Baby,Wati,Zainah,Maziah dan yg lain2 tu..ingat tak kalian pd Ustazah Misratin bte Mispani yg merayu2 memujuk kita supaya pakai tudung!Kita bukan tak nak pakai tapi masa ko-kurikulum waktu itu kita kena pakai skirt..kesian Ustazah tu..Nak tahu?1984 aku menginap kt asrama SIS,suatu hari aku ternampak kelibat Ustazah tersebut,rupanya ipar beliau tinggal kt situ gak dan pada iparnya pernah beliau ceritakan pengalaman dia mendidik khasnya anak bangsanya sendiri dan salah satunya kisah bagaimana beliau hampir putus asa dalam memujuk kita untuk pakai tudung.Korang nak tahu..belakang kita beliau menangis semahu-mahunya atas kedegilan kita.
1981..ingat tak kalian pada guru matematik kita,Cikgu Osman Wahab?Bekas pelajar 2A tentu tak lupakan?Bila dia melangkah masuk je,kita terus berteriak..CIKGU,TAK FAHAM..dari info yg aku perolehi(adik iparnya)beliau menangis dan buntu dalam mencari pendekatan untuk kita mudah memahami subjek yg diajarnya.Peritnya jadi guru..

Unknown said...

Saya masuk tahun 1981.
Tapi yang banyak dalam peringatan ialah masa Form 4,5. Saya hormat sangat kepada guru sains saya Cikgu Zainon (kimia), Faridah (fizik), lupa-nama(Biology) dan juga Guru BM Puan Sapiah (kalau tak silap). They are wonderful teacher to me. Begitu juga Mr Kua (math) yang boleh melukis bulatan free handed !