Sunday, August 2, 2009

Gambar Reunion Kali Pertama

         Salam... Kepada semua warga ex-SMDB....Dah lama betul aku tak menjengok blog nie...  Kebetulan aku balik ke Jasin... Kononnya nak mengemas rumah... Sambil-sambil mengemas.. terjumpalah sekeping gambar... Kalau x silap aku.. gambar ni mrupakan perjumpaan kali pertama Ex-Smdb 84.... Kalau mengikut perkiraan tahun... Masa tu.. kita baru meninggalkan alam persekolahan +-4 tahun... Maknanya umur ketika tu baru mencecah 21 tahun... Patutlah ceria semuanya... baru dapat "lesen"...
        Masa tu... kebanyakan dari kita... ada yang dah bekerja dan ada yang masih belajar.... Kalau yang dah berkahwin tu.. aku kurang pasti... Masa tu mood hari raya masih kuat lagi... Apa taknya... perjumpaan dibuat pada hari raya ke 4 (tolong betulkan kalau tersilap)...Menunya pun menu hariraya... Dan bagi aku sendiri... ketika tu .. merasalah beraya kat General Hospital.. di KL.. siap masuk besi lagi kat bahu kiri... Hari Raya Ke 2 baru dapat balik ke rumah.... Wahid yang beritahu aku berkenaan perjumpaan itu.
        Aku cuba nak menguji ingatan aku terhadap kengkawan... Kalau salah tolong betulkan yek!
Baris belakang dari kiri : Jeggar, Zainah Alias, Geok Ai, Azilah, Roslina, Zaritah.....
Baris Tengah dari kiri : Jaafar, Arip, Dollah Sani, Codet, Mat Seman, Anuar Kasim, James, Farizah dan Amraa.
Baris Depan dari kiri: Aku, Sabki, Zairi, Nizam, Zaili dan Wahid...

Salam ingatan dari aku...Yann (Amran bin Aris)

Monday, May 4, 2009

Salam... Waktu Pagi..

Salam untuk Warga Ex-SMDB.... Selamat pagi... Dah pukul 4.27 pagi rupanya... Mata aku tak ngantuk-ngantuk lagi... Tak tahu apa nak buat... Sementara nak menunggu Solat Subuh... Aku belek-beleklah blog SMDB ni... Dah lama terbiar... Mujur Shoutmix tu menyahut...Ada juga sorang dua kawan kita yang menyapa kat situ... Hi..hi... Si Nonet juga orang yang paling setia... menyapu, membersihkan sawang.. kekadang mengelap cermin kat laman blog ni.. Terima Kasih ye Net.. Biasanya.. bab-bab vakum carpet ni kerja aku.. Tapi sejak 2 menjak ni.. tak sempat nak buat... Nonet juga yang kena... Hi...Hi.. tak pe Net.. nanti aku belanja kau teh tarik kat restoran mamak kat rumah aku ni yek!...

Hemmm.. oklah... kena sambung kerja sikit....Salam..

Monday, March 23, 2009

Software Skype Dan Berita Terkini

 Software Skype
Salam... Saya baru saja menerima email dari Saudara Chodet. Beliau mencadangkan agar kita semua menggunakan software Skype untuk berinteraksi. Sebenarnya, sayapun belum menggunakannya. Di sini saya pautkan laman skype untuk warga Ex-SMDB muaturun software SKYPE ini. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit untuk dimuaturun berdasarkan kepada saiz software ini ... Sekejap je download.... nak install je ambil masa sikit..

Berita Terkini

Dengar cerita... kawan kita si Nornisah AKA Nonet dah jadi Granny... Wow!... macam x caya je... Kalau cam tu tahniah le ye!.... Kalau nak tau lebih lanjut terus hubungi beliau yek!... Hemmm .. Salam Net.

SILA LAWATI


MAKLUMAN
ANDA DIPELAWA MELAWAT
BLOG KG.AIR BARUK
DI http://kampungairbaruk.blogspot.com

JUMPA DI SANA..SANA..SANA

Thursday, March 19, 2009

MAJLIS MAULIDUL RASUL KG. AIR BARUK

Alhamdulillah ... baru-baru nie, Masjid Lama Kg. Air Baruk berjaya menganjurkan majlis Maulidul Rasul... Rasanya.. setiap tahun Kg. Air Baruk nie memang tak terlepas menyambutnya. Ucapan tahniah kepada AJK Masjid Kg Air Baruk.. terutamanya En.Aizzuddin Ali (Kalau kat kampung panggil Cikgu Atan) sebagai Pengerusi Masjid Lama... Sejak dihidupkan semula masjid ini beberapa tahun kebelakangan ini.. Suasana kampung memang nampak berubah.. aktiviti-aktiviti keagamaan telah banyak disusun oleh AJK dan sambutan sangat menggalakkan. Mudah-mudahan ianya berterusan dan diharap ramai lagi warga kampung dan juga mereka yang berdekatan dapat sama-sama mengimarahkan masjid ini.. Amin



Wednesday, March 11, 2009

JASIN SEKARANG INI



Salam...Akupun dah tak ada idea, apa entri yang nak aku masukkan dalam blog ni... Tapi walau macamnapun aku cuba usahakan setiap minggu ada posting di sini... hah..Walaupun aku baru berpindah kat Tanjung Malim nie...hati aku masih teringat kat Jasin... Jadi hari nie aku postkan gambar-gambar terkini Bandar Jasin..Sebenarnya gambar-gambar ni aku dapat dari web panorama... Kebanyakan gambar-gambar ni diambil sekitar Bandar Jasin... Termasuklah juga rumah-rumah limas tradisional yang masih kekal di Jasin. Rumah-rumah Tradisional ni diambil di Kg. Air Baruk. Oklah semoga enjoy.. dan sekurang-kurangnya teringat juga dgn hometown kita.. Salam