Monday, March 23, 2009

Software Skype Dan Berita Terkini

 Software Skype
Salam... Saya baru saja menerima email dari Saudara Chodet. Beliau mencadangkan agar kita semua menggunakan software Skype untuk berinteraksi. Sebenarnya, sayapun belum menggunakannya. Di sini saya pautkan laman skype untuk warga Ex-SMDB muaturun software SKYPE ini. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit untuk dimuaturun berdasarkan kepada saiz software ini ... Sekejap je download.... nak install je ambil masa sikit..

Berita Terkini

Dengar cerita... kawan kita si Nornisah AKA Nonet dah jadi Granny... Wow!... macam x caya je... Kalau cam tu tahniah le ye!.... Kalau nak tau lebih lanjut terus hubungi beliau yek!... Hemmm .. Salam Net.

SILA LAWATI


MAKLUMAN
ANDA DIPELAWA MELAWAT
BLOG KG.AIR BARUK
DI http://kampungairbaruk.blogspot.com

JUMPA DI SANA..SANA..SANA

Thursday, March 19, 2009

MAJLIS MAULIDUL RASUL KG. AIR BARUK

Alhamdulillah ... baru-baru nie, Masjid Lama Kg. Air Baruk berjaya menganjurkan majlis Maulidul Rasul... Rasanya.. setiap tahun Kg. Air Baruk nie memang tak terlepas menyambutnya. Ucapan tahniah kepada AJK Masjid Kg Air Baruk.. terutamanya En.Aizzuddin Ali (Kalau kat kampung panggil Cikgu Atan) sebagai Pengerusi Masjid Lama... Sejak dihidupkan semula masjid ini beberapa tahun kebelakangan ini.. Suasana kampung memang nampak berubah.. aktiviti-aktiviti keagamaan telah banyak disusun oleh AJK dan sambutan sangat menggalakkan. Mudah-mudahan ianya berterusan dan diharap ramai lagi warga kampung dan juga mereka yang berdekatan dapat sama-sama mengimarahkan masjid ini.. Amin



Wednesday, March 11, 2009

JASIN SEKARANG INI



Salam...Akupun dah tak ada idea, apa entri yang nak aku masukkan dalam blog ni... Tapi walau macamnapun aku cuba usahakan setiap minggu ada posting di sini... hah..Walaupun aku baru berpindah kat Tanjung Malim nie...hati aku masih teringat kat Jasin... Jadi hari nie aku postkan gambar-gambar terkini Bandar Jasin..Sebenarnya gambar-gambar ni aku dapat dari web panorama... Kebanyakan gambar-gambar ni diambil sekitar Bandar Jasin... Termasuklah juga rumah-rumah limas tradisional yang masih kekal di Jasin. Rumah-rumah Tradisional ni diambil di Kg. Air Baruk. Oklah semoga enjoy.. dan sekurang-kurangnya teringat juga dgn hometown kita.. Salam

Friday, March 6, 2009

GAMBAR DULU-DULU: JASIN




Klik gambar untuk Zoom In