Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009...HAPPY NEW YEAR 2009!

Tuesday, December 30, 2008

RENUNGAN: Elak Hati Menjadi Mati

ELAK HATI MENJADI MATI

Nabi Muhammad s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang boleh kita faham dari penjelasan maksudnya, bahawa dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya dan jika sebaliknya ia rosak, maka rosaklah seluruh badannya, itulah hati yang ada dalam diri manusia (dipetik sebahagiannya dari hadis keenam daripada kitab hadis 40 Imam Nawawi).
Baginda Rasulullah yang diutus oleh Allah ke dunia ini, bukan sahaja menitikberatkan persoalan yang besar seperti masalah kenegaraan kerana baginda seorang pemimpin negara, malah dalam persoalan mendidik jiwa juga adalah tanggungjawab baginda bagi memastikan manusia yang bernama Islam khususnya memiliki hati yang sejahtera dan hidup dengan ajaran Islam yang mudah untuk dipimpin kepada kebenaran agama.
Kerana hati manusia itu ada kaitannya dengan hidup atau mati peranan dan fungsinya, maka baginda mengingati umatnya agar sentiasa memeliharanya dengan baik agar ia terus subur dan hidup hanya untuk Allah.
Justeru, Islam ada memperkenalkan Ad-Doruriyat al-Khamsâ iaitu lima perkara yang wajib dan mesti umat Islam pelihara iaitu:
1) Agama.
2) Akal.
3) Harta.
4) Jiwa atau hati.
5) Keturunan dan kehormatan diri.
Hati manusia itu merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan oleh Islam, jika salah ditarbiah maka ia akan menyusahkan tuannya nanti di akhirat, sehubungan itu Allah SWT ada menegaskan menerusi ayat 36 surah al-Israa yang bermaksud:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (manusia), semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.
Bagi memastikan agar hati itu terus subur dan hidup dengan Islam, maka baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya agar jangan sekali-kali mematikan hati pada malam kedua-dua malam Aidilfitri dan Aidiladha. Hati mati dengan tidak bertakbir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
Rasulullah ada bersabda: "Barangsiapa yang bersembahyang pada malam Aidil Fitri dan Aidiladha tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati manusia dimatikan oleh Allah."
Kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:
Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.
Dan Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera, ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syuaraa yang bermaksud:
Iaitu di hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera).
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat dari penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.
Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6) Redha terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.
Tanda-tanda hati yang rosak
1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3) Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8) Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.
10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit hati
1) Nifaq dan riya (menunjuk-nunjuk).
2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.
3) Hasad dan dendam kesumat.
4) Sombong, bangga diri dan ego.
5) Bohong dan berputus asa.
6) Cinta mendalam kepada selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.
8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.
10) Belot dan khianat.
11) Suka memaki hamun orang lain.
12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.
Kaedah rawatan penyakit hati
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.
Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertaqwa kepada Allah

Sumber: http://www.ppdjasin.edu.my

Sekadar bersantai...

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~
Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -
HAMKA

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

SAMBUNGAN

Saturday, December 27, 2008

Doa Akhir & Awal Tahun...

Salam..... Jangan lupa doa Akhir Tahun dan Awal Tahun hari ini. Sebelum Mahgrib doa akhir tahun dan selepas Maghrib doa awal tahun.

Di sini saya sertakan lampirannya.... Jika ada kelapangan singgah le ke Ustazmelaka.net. Kalau nak jelas lagi...

klik pada gambar atau muat turun di http://www.ustazmelaka.net/index.asp ataupun klik DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN


Thursday, December 18, 2008

Cuti sekolah dah dipenghujung...

Salam... sahabat2 semua... Sebenarnya aku menunggu juga kalau2 ade sahabat2 yang nak menyumbangkan cerita kat blog nie... tapi nampak gayanya.. masih belum ade cerita yang nak dikongsi ataupun malu2...X pe lah.. Insyallah x lama lagi ramai le yang akan hantar posting kat blog nie...

Sahabat..... Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya... Maknanya.. budget besar telah menunggu kita.... Melihatkan dari segi umur kita nie... kebanyakannya dah mempunyai anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah... bagi kengkawan perempuan pulak mungkin anak mereka nie dah masuk ke kolej atau universiti..(Dah makin berumur rupanye kita nie yek!) Nampaknya makin besar anak makin besarlah budget kita..

Bila teringat balik masa sekolah dulu-dulu.... bab-bab pengurusan nie... kita x ambil tahupun... Yang kita tahu,... buka sekolah.. ada baju baru, seluar baru, kain baru, tudung baru.. dan segala2nya baru...etc... Bila dah sampai tahap nie... barulah kita sedar.. betapa besar tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak... Skg nie tibalah giliran kita pulak....Pada yang anak ramai (macam aku).. pastilah budgetnyapun "ramai". Mudah2an segalanya dipermudahkan...

Oklah... dah nak solat jumaat.... Aku gerak dulu... Pas ni sambung balik... Salam

Friday, December 12, 2008

Kisah dulu-dulu dari Nornisah@Nonet

Salam..aku nak kongsi cerita sikit. Aku rasa bebudak perempuan muslim kelas aku 1A(Perdagangan-1980)ingat kisah ni. Edit,Baby, Wati, Zainah, Maziah dan yg lain2 tu..ingat tak kalian pd Ustazah Misratin bte Mispani yg merayu2 memujuk kita supaya pakai tudung!

Kita bukan tak nak pakai tapi masa ko-kurikulum waktu itu kita kena pakai skirt..kesian Ustazah tu..Nak tahu?1984 aku menginap kt asrama SIS,suatu hari aku ternampak kelibat Ustazah tersebut,rupanya ipar beliau tinggal kt situ gak dan pada iparnya pernah beliau ceritakan pengalaman dia mendidik khasnya anak bangsanya sendiri dan salah satunya kisah bagaimana beliau hampir putus asa dalam memujuk kita untuk pakai tudung. Korang nak tahu..belakang kita beliau menangis semahu-mahunya atas kedegilan kita.

1981..ingat tak kalian pada guru matematik kita,Cikgu Osman Wahab? Bekas pelajar 2A tentu tak lupakan? Bila dia melangkah masuk je,kita terus berteriak..CIKGU,TAK FAHAM..dari info yg aku perolehi(adik iparnya)beliau menangis dan buntu dalam mencari pendekatan untuk kita mudah memahami subjek yg diajarnya. Peritnya jadi guru..

Thursday, December 11, 2008

SAHABAT KITA... NORNISAH ABD. RAHMAN

Gambar terbaru Nornisah A.K.A Nonet....
















Bersama anakanda tersayang

Masjid Lama Kg Air Barok

Perasan tak masjid ni. Masjid ini di bina pada tahun 1917. Lokasinya di pinggir Bandar Jasin menghala ke Kesang. Masjid lama yang penuh dengan keberkatan.



Wednesday, December 10, 2008

Sedikit cerita ex-guru kita...

Salam untuk sahabat2 SMDB Group...Sudah hampir 24 tahun kita telah meninggalkan alam persekolahan.... Mungkin ade peristiwa dan kenangan yang masih kita x dpt lupakan... Baik dgn rakan2 sekelas, rakan sesekolah mahupun dengan guru-guru yang banyak berjasa pada kita. Peristiwa sebeginilah yang membuatkan kita terlalu rindukan suasana dulu.... senda gurau, gelak tawa kawan-kawan dan keseronokan menjadikan seorang pelajar...

Utk pengetahuan rakan-rakan ,bila aku dah masuk ke alam pendidikan nie.. Aku berkesempatan berjumpa dengan bekas guru-guru kita... tetapi pada situasi yang berbeza.... Memang menyeronokkan dan kekadang malupun ade...kerana mereka ini faham sangat dengan perangai kita.. Aku sempat mengajar di SIS..dan kat situlah aku berjumpa dengan Cikgu Seman Tana (Tentu kau org ingat: cikgu seni perusahaan kita)... dah jadi rakan sejawat..Kali pertama makan kat kantin SIS..aku duduk sebelah dia.... sambil berbual.. Sempatlah jugak aku menanya. Kata aku.. "Cikgu ingat saya lagi? Dgn selamba dia menjawab.. "Hemmm, kenal sangat dengan group2 kau tu"... Terkedu aku dibuatnya.. Pas tu dia senyum je..... Tapi dia tetap macam dulu... cool je tapi bila dia dah marah... angin satu badan. Sehingga sekarang dia masih di SIS. Isteri dia .. Cikgu Zainon (ajar Kimia).. kalau x silap dia mengajar di SMK.Selandar. Kami sama-sama menghantar anak pada pengasuh yang sama. Dia masih macam dulu... (Teringat aku.... bila kena halau dari kelas dia...3 bulan x masuk kelas Kimia.... pasal mengajuk dia mengajar...Ini semua kenang2an yg x boleh aku lupa....


Masa aku di tempatkan di Jabatan Pelajaran Melaka... Pengalaman yg aku tak boleh lupa bila pergi melawat sekolah-sekolah......... Kau tahu.. bila gi memantau ke sekolah2.... terjumpa le cikgu2 kita yg kebanyakkannya dah jadi pentadbir sekolah seperti Guru Besar ataupun pengetua.. Kau orang mesti ingat Cikgu Faridah (ajar kita Fizik..) dia skg jadi Guru Besar kat SK.Bukit Beruang....Dia tetap ingat aku....Dia tengok aku .. dia senyum je.....senyum ade makna tu..Suaminya Cikgu Salleh (mengajar STP dulu) satu floor di JPN.Melaka....Cikgu Osman Sagap dah jadi Pengetua kat SMK.Malim.....Dia macam dulu juga... skg ni tengah syok dok main badminton. Paling seronok bila berjumpa dengan Cikgu Salamah Hashim (ajar kita Bahasa ke sejarah... Pakai cermin mata besar dulu) Dia sekarang Pengetua SMK.Talib Karim.. Aku ke sana gi memantau peralatan sekolah dia...Seronok berbual panjang dgn dia... Ye lah.. dulu-dulu kebanyakan cikgu-cikgu perempuankan ramai x pakai tudung.. Jadi bila berjumpa semula tu susah jugak nak cam... Cermin matapun dah kecil.... Tergelak dia dengar.... Sempatlah aku minum bersama dia.... Cikgu Ali Aman.. aku berjumpa di SMDB... ada majlis di situ.. Guru Displin lagi... Masih garang macam dulu... Rotan sentiasa di tangan. Skg ni kalau x silap... dia dah jadi Guru Besar. Cikgu Zainal masih di SMDB..... Dia banyak berkecimpung dalam bidang ICT... Laman web SMDB... rasanya dia yang bangunkan.

Bagi mereka yang kelas 1C (1980)... mesti ingat dengan Cikgu Rahmah... (rambut afro..).. Aku ke sekolah dia sebab ada aduan mengenai masalah guru. Pada peringkat awalnya aku memang x tahu dan x cam pun siapa GB sekolah nie. Setiba di sekolah ni...aku terus ke bilik Guru Besar(GB).... Sambil mempelawa aku duduk.. dia senyum je..... Jadi nak memulakan cerita aku bertanyakan masalah sebenar yg berlakukan sekolah tu... Dia x jawabpun.. dia senyum dan terus senyum... Katanya "Saya kenallah awak Amran"..... Terpinga-pinga aku dibuatnya... Pas tu dia perkenalkan diri dia.. Ya Allah malunya aku... Guru sendiri x boleh nak cam.... Tapi.. mcm yg aku cakap tadi... .. perubahan diri beliau yg membuatkan aku memang x leh nak cam....

Dan seorang lagi yg aku sempat berurusan ialah dengan Cikgu Busra... (Cikgu Sains... mungkin ada yg masih ingat dgn dia... Motor Scramble Suzuki Warna Kuning).. Kan zaman tu cikgu-cikgu muda minat Motor Scramble... Dia skg di SMJ.... Masa tu aku ke sana nak menggunakan dewan untuk satu aktiviti peringkat negeri anjuran JPN.Melaka... Dia tetap cool.... memang best... Aku sempat bertanyakan tentang Cikgu Alias... Katanya cikgu Alias skg dah bergelar Dr.... kalau x silap mengajar di UiTM.....Dan katanya lagi... Cikgu Yazid (Ajar sejarah: perkara yg aku ingat sampai skg ialah prinsip Jusoli- mengenai kerakyatan dan warganegara)... masih sakit.... Insyallah kepada kengkawan yang berkesempatan.. jenguk-jenguklah beliau....

Yg paling kerap aku berjumpa ialah Cikgu Noorsir Sarip (sama Jabatan.. Dia di Unit Kokurikulum dan aku di Sektor Perkhidmatan Akademik).. Skg nie dah x panggil cikgu... panggil abg je wakakaka..


Itulah... sahabat.. Bidang kerja aku nie lah yang buat aku mudah berjumpa dgn cikgu-cikgu kita dulu.. Rasa hormat pada cikgu tu sampai terbawa-bawa masa kerja.. Yang paling best sekali bila aku beri kursus ICT dlm pendidikan untuk pengetua-pengetua dan guru-besar-guru besar negeri Melaka. Masa tulah aku nampak ramai bekas guru-guru kita yang rupa ingat nama dah x ingat....Mudah2an cerita ini mengembalikan nostalgia lama... Tidak ada niat lain kecuali berkongsi cerita.... Harapan aku agar... ramai rakan-rakan yang akan tampil berkongsi cerita... berbual bicara.... Mohon kepada Safuan pemission author.... atau terus email kepada beliau... Mudah2an blog ini menjadi penyambung sillaturahim antara kita... Tahniah kepada Safuan... tahniah kepada Chodet yg begitu perihatin terhadap perkara ini... dan tahniah kepada semua yang selalu menjenguk... memberi kata.... berbual mesra di ruang sembang... Kalau boleh dpt berikan nama yg kawan boleh kenal.. lebih mesra ... lebih mudah utk bergurau senda... Sekian... wasalam.....

Amran bin Aris

Renungan untuk kita semua...

Laungan azan merupakan suatu fenomena yang agung yang akan sentiasa bertakhta di sanubari setiap umat Islam dan juga menandakan keagungan Islam. Saksikan video ini...

Tuesday, December 9, 2008

Nak cerita sikit...

Assalamualaikum... Sahabat-sahabat...

Posting kali ni... aku nak berkongsi sedikit cerita mengenai kawan-kawan kita yang pernah kita tahu dan kenal mereka ini... Aku rasa.. kau orang masih ingat pada Zaki, Mohd. Dani, Sabri Jamal, Zaili (Mat Pendek), Zahari (sheikh), Sabki, Zainah Alias, Aiha, Dak Nim... dll. Mereka ni memang aku selalu tengok....

Zaki sekarang masih berada di Kesang.... dia dah pencen (Sojar)... Kalau hari sabtu atau Ahad.. aku biasa berjumpa dan kekadang minum pagi bersama kat kedai Sabri .. Makan roti canai(Masih ingin sabri Jamal?). Kalau kau orang x ingat.. aku bagi hint sikit... masa sekolah dulu dia ni badan besar dan kategori tinggi jugalah... dan yang paling senang nak ingat cermin mata dia tebal (jgn marah Sabri)..

Yg seronoknya... bila kami berjumpa cerita-cerita zaman sekolah x pernah lekang dlm topik cerita kami... Tapi skg... aku dah pindah ke T.Malim... X dpt nak minum macam dulu lagi... sedih juga..Mohd. Dani pulak baru pindak ke JAsin dari JB... Selalu jugak pergi rumah aku... Kamipun selalu berhubung.....Mat Pendek ni (Zaili) kau org mesti ingat punya.... Skg nie dia jadi warder kat Sekolah Henry Gurney... Jgn kau org x tahu... dia skg ni Sarjan..Tengok misai pun dah ngeri. Tapi dia ni aku jarang jumpa...

Bila sesekali balik kampung dia singgah kat rumah mak aku... (Itupun kalau aku ade)... Zahari Haris (Senior kita setahun).. Masih di Jasin.... anak ramai.. (macam aku juga).. Walaupun duduk di Jasin... Jarang jumpa....Si Sabki... atau nama glamour dia Chitam memang aku selalu jumpa... kalau x kat kg... kat YM (Yahoo Messengger).. Aku rasa kau orangpun tahu siapa dia... x cerita le (nanti terangkat pulak dia)...Zainah Alias.. ada juga aku jumpa... pasal dia nie cikgu... jadi sama profesyen ngan aku... jadi x leh nak lari... .. Masih cantik lagi tau... wakaka.. Jgn marah Yazid (laki dia).....

Dak Aiha pulak ... aku kerap nampak dalam kereta je (Adik ipar Chitam.... Kawin dgn Chalus@Saufi)..Itupun kalau dia balik rumah mak mertua dia.. Pasal lalu depan rumah mak aku... Dak Nim paling senang nak jumpa... Kau orang lalu je roundboard Jasin (Pasal Jasin kaya dgn roundboard...pastikan rb yg pertama dari arah Melaka)... Nampak je Avon... opposite dgn bangunan MARA.. dia skg dah berjaya jadi bussiness women.. Aku tumpang bangga.... Akupun setaman dgn dia..... Selalu nampak tapi x de kesempatan nak berjumpa.... Nanti ye Nim... balik Jasin aku jumpa kau....Bagi kengkawan lain yang aku x sebut... mungkin aku x ingat ke... ape ke... maapkan aku.... Bagi yg setia dgn Yahoo Messengger (Nonet, Nita Aris, Azila, Sabki... ) harap dpt teruskan perhubungan kita nie..

Kepada kawan-kawan lain... harap dapat terus berhubung .. Kalau x dapat bersua... bersua di alam cyberpun dah memadai.... Dan untuk Safuan... terima kasih kerana membenarkan aku membuat sedikit cerita yang kita dapat kongsi bersama... Insyallah di lain posting... aku nak berkongi cerita mengenai cikgu-cikgu kita... Salam

Terima Kasih Safuan..

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat... Aku baru terima permission author dari Safuan untuk sama-sama mengirimkan posting@berita mengenai aktiviti ataupun ape saje cerita, peristiwa dan perkembangan semasa kawan-kawan..

Insyallah.. pada kawan-kawan yang lain.. kalau ade ape2 berita bolehlah email pada Safuan ataupun aku sendiri..(amranaris67@yahoo.com.my atau yann3649@hotmail.com. Sama-samalah kita memeriahkan lagi blog ni.. semuga blog ini menjadi titian sillaturahim antara kita....Sekian

Salam dari Amran bin Aris

Dari lensa Codet...

Gambar di ambil sewaktu berkunjung ke majlis perkahwinan adik Safuan di Bukit Beruntung, Rawang pada bulan Oktober 2008 yang lalu....

...gambar Codet & Safuan.

...gambar Safuan, Codet & adik Safuan yang kahwin tu...

Thursday, December 4, 2008

Moh kita ke Ipoh yop....

Shuttle Service From Sentral KL - Ipoh - Sentral KL

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) will be introducing a new service called "SHUTTLE SERVICE" from Sentral Kuala Lumpur – Ipoh – Sentral Kuala Lumpur effective December 01, 2008. This service is available from Monday – Friday.

The service will began carrying fare-paying passengers with the first train leaving station from Ipoh and KL Sentral at 0500 am. There will be 10 trips a day, 05 each starting from Ipoh and Sentral KL, with the low fare saver starts from RM10 per trip.

There are ten stops enroute:- KL Old station, Kepong Sentral, Sg. Buloh, K.Kubu Baru, Tanjong Malim, Slim River,Sungkai, Tapah Road, Kampar and Batu Gajah. These services will serve a convenient and reliable connecting services to most popular tourist destinations such as Fraser Hill, Cameron Highlands, Pangkor Island, Kellie’s Castle, Sg. Klah Hot Springs and Recreational Park, Taiping Zoo and others.

The following is the promotion fare list:

1. RM 10.00

*fare offers for a single trip either from Sentral KL - Ipoh or Ipoh - Sentral KL on Economy class
*no concessions fare eligible for discount card holder, children or senior citizen
*limited to only 74 seats per trip and subject to “first come first served concept”
*ticket is open for advance booking or purchased within 60 days prior to the travel date

2. RM 1.00 (Promotion)

*100 seats is offers for a single trip either from KL Old-Ipoh or Ipoh-KL Old and subject to “first come first served concept”
*fare promotion offers for only first and last train leaving from KL Old or Ipoh
*ticket is purchase on the day of travelling and available only at Ipoh and KL Old Station ticketing counter.
*no concessions fare eligible for discount card holder, children or senior citizen


Note: All promotion fare is subject to terms and conditions apply and KTM Berhad reserved its right to change without any notice

http://www.ktmb.com.my/

Wednesday, December 3, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Korban...

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada kita semua. Semoga Allah memberkati dan menambah rahmatNya....

Kepada yang pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan. Sampaikan salam kepada rakan dan teman-teman lama kalau bersua.

Kepada yang tetap beraya di perantauan....apo nak dikato...sobar jolah....

Harap selepas raya nanti akan lebih ramai lagi rakan-rakan dapat bersama di sini. InsyaAllah. Sila hebahkan....